Full Width CSS

Laporan Tidak Rasmi PDRM Berkenaan Serangan Di JPM


Mungkin para pembaca boleh membaca keterangan Polis yang berada di tempat kejadian.
_____________
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA. Suspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh Polis Bantuan. Saspek
lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM Polis Bantuan di mana Polis Bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk. Bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta HYUNDAI ACCENT dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

Anggota cawangan Pencegahan Jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah Polis Putrajaya. Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai. Anggota cawangan Pencegahan Jenayah telah kenalkan diri sebagai Polis dan terus diserang oleh kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah. Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan suspek. Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh suspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua suspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA didapati suspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala suspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan. Suspek lelaki telah meninggal di hospital. 

Siasatan awal dapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.


Post a Comment

3 Comments

  1. Kecik-kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan orang..ini lah buktinya..akibat bebal dan sesat...

    ReplyDelete
  2. IMAM MAHADI.....
    tak pakai baju, nampak aurat....

    huahuahuahua.....lawak...karot komedia....

    ReplyDelete
  3. Kalau la keta yg dirosakkan tuh milik penyokong pembangkang, apa agaknya dia akan pangkah?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..