Saturday, August 25, 2012

Antara #JanjiBersih Atau #Merdeka55 Mana Satu Pilihan Rakyat ??


Mungkin sesetengah pihak berpendapat bahawa himpunan #JanjiBersih dan #Merdeka55 merupakan program yang mempunyai intipati sama. Tapi malangnya kedua-dua himpunannya mempunyai objektifnya tersendiri.


Sebagai contoh #janjibersih yang dibawakan oleh Pembangkang melalui Gabungan Janji.
- memperjuangkan Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang
- mendukung hak sivil dan bersuara
- memansuhkan akta zalim
- memperjuangkan kebebasan media
- pilihanraya adil dan bersih

Baca lanjutan permintaan #janjibersih di sini.


Namun di pihak #Merdeka55 yang dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan pula tidak membawakan apa-apa usul untuk dirasukkan ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Tetapi program himpunan #Merdeka55 ini nanti akan terdapat beberapa unsur kecintaan kepada keamanan dan kesejahteraan negara dalam masa yang sama mengenang kembali perjuangan perajurit-perajurit tanah air yang telah berjasa meMERDEKAkan bumi bertuah ini.

Inilah dua perbezaan yang dapat dilihat dalam konteks himpunan yang hampir sama namun mempunyai intipati yang nyata sekali berbeda.

Menyelami akan perkara tersebut, saya lampirkan antara sokongan rakyat terhadap himpunan yang dibawa oleh #janjibersih.


Di bawah ini pula tweetup #Merdeka55


Dua perbezaan yang tinggi antara sokongan rakyat dan penolakan rakyat terhadap kempen himpunan yang tidak  bermoral dan dianggap sebagai tidak berfaedah untuk semua. Untuk info, hashtag di atas diambil seminggu sebelum berlangsungnya Hari Kemerdekaan.

Umum mengetahui bahawasanya sambutan ambang Merdeka bukan sekadar sambutan yang dipenuhi dengan warna warni bunga api tetapi ia merupakan sambutan kepada kesyukuran dan pengharapan kemerdekaan negara ini akan terus berkekalan sehingga bila-bila.

Namun di pihak Gabungan Janji pula beranggapan bahawa rakyat masih lagi bodoh dan tidak celik akan keadaan semasa. Bagi mereka, rakyat tidak pedulikan mengenai Merdeka sebagai perkara pokok, tetapi perjuangan menjatuhkan kerajaan menjadi target utama. Sebenarnya mereka tersilap.

Selepas kecewa dengan harapan Bersih 3.0 yang dibawakan oleh Anwar Ibrahim dan dijana oleh Ambiga, rakyat sudah mulai menilai mana satu kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam himpunan anjuran Pembangkang. Nampak seakan-akan baik untuk rakyat namun sebenarnya ia merbahayakan keselamatan negara dan rakyat di dalamnya.

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang bijak membuat penilaian terhadap politik buruk Pembangkang hari ini.

Sesiapa yang berminat mendaftarkan diri untuk menghadirkan diri pada malam ambang Merdeka nanti, sila klik SINI.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...