Friday, August 17, 2012

Apa Kerja Dok Terjah Rumah Orang Tengah Malam #bn4wp @rizalmanmokhtar


Hah jangan tak tau sudah 4 minggu berturut-turut tanpa failed, beberapa buah rumah di sekitar Taman Mewah & Taman Jujur, Bandar Tun Razak diterjah oleh anak-anak muda tempatan.

 

Setiap minggu hampir 10 hingga 15 buah rumah akan diterjah untuk disampaikan sumbangan kepada rumah-rumah yang terpilih. Kumpulan sasarannya adalah golongan kelainan upaya (OKU), ibu-ibu tunggal, pesakit kronik dan juga warga emas yang telah dikenal pasti untuk menerima bantuan.

Selain mengadakan majlis bacaan Yassin setiap malam Jumaat, Pemuda UMNO Cawangan Taman Mewah & Taman Jujur turut mengadakan program menghulurkan sumbangan berupa sekampit beras, barangan keperluan dapur dan pelbagai lagi. Seperti malam tadi, genap 15 buah rumah telah disampaikan sumbangan oleh Pengerusi Program, Datuk Rizalman Dato Mokhtar selaku Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak.



Menurut Pengelola Program Sumbangan Kasih, Hisham Hamidi. Program tahunan ini diadakan bertujuan untuk mencari keberkatan bersama dalam bulan Ramadhan yang mulia ini dan juga meringankan beban yang ditanggung keluarga terbabit.

 

"Kita dah sampaikan sumbangan sebanyak kepada 45 keluarga. Barangan yang disampaikan ini hasil daripada sumbangan Pemuda UMNO Cawangan. Kita turut menyampaikan zakat daripada Koperasi Ukhwah kepada mereka ini. Dalam masa yang sama data penerima diambil dan direkodkan supaya kita dapat melakukan pantauan dari semasa ke semasa." - Hisham Hamidi

Hebat program yang dijanakan oleh Pemuda UMNO Bandar Tun Razak. Ini menunjukkan UMNO masih tidak berputus asa untuk terus membantu penduduk tempatan walaupun kawasan parlimen ini dikuasai pembangkang.

 


 

Khalid Ibrahim semasa nak bertanding, macam-macam dijanjikan. Bila dah menang, mana entah menghilang. Asyik masuk tV, isu negeri Selangor je. Isu di Parlimen sendiri, haram tiada langsung dibawakannya.

UMNO Hebat
BN Bagus

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...