Full Width CSS

Kenyataan Balas SAMM Berhubung Sabotaj Ke Atas Banner #umnoseputeh @SAMM_Wilayah

Semalam saya telah menyiarkan dakwaan dan transkrip laporan Polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO Seputeh melalui Ketua Pemuda nya, Saudara Razlan Rafii berhubung kes sabotaj sticker ABU terhadap banner Hari Raya milik UMNO Seputeh.

Lewat malam tadi, Solidariti Anak Muda Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media kononnya tapi nampak lebih kepada kenyataan coverline perbuatan sendiri.

Baca di bawah kenyataan tersebut dan ulasan saya.

1. SAMM Wilayah mahupun SAMM Kebangsaan langsung tidak terkesan dengan tuduhan rambang yang dilontar oleh Pemuda Umno Seputeh.

US: Memey tak terkesan pasal laporan Polis yang dibuat untuk cari dalang si pelaku bukannya nak tutup organisasi SAMMdol.

2. Gerakan Asalkan Bukan Umno atau ABU adalah gerakan rakyat yang menolak Umno. Ia adalah milik semua orang yang berkongsi perasaan sama menjelang PRU-13. Pelekat ABU telah dikesan sejauh Australia, adakah ia juga ditampal oleh SAMM? 

US: SAMM dan ABU hanya milik individu yang berkepentingan dan kecewa dengan UMNO saja. Rakyat sehingga ke hari ini masih belum declare peranan dan kehebatan SAMMdol sebagai penggerak kebencian rakyat terhadap UMNO.

3. SAMM Wilayah juga tidak mengetahui kedudukan pejabat Umno Seputeh, malah agak sangsi dengan kewujudan Umno Seputeh. Jika SAMM ingin buat demikian, sasarannya pasti di kawasan Umno yang dirasai kehadirannya. Mengapa tidak pejabat Umno Rembau, Permatang Pauh atau lain-lain? Apa perlunya Seputeh di mana kehadiran Umno tidak beri sebarang kesan dan insyaAllah tiada masalah untuk PR kekalkan kerusi Parlimen Seputeh.

US: Hanya orang yang tak pernah mengikuti perkembangan semasa saja akan mendakwa tidak nampak apa yang UMNO Seputeh lakukan di sana. Sudah banyak perkara kebajikan dilakukan UMNO di sana dan saya rasa tak perlu untuk huraikan satu persatu kepada SAMMdol sebab apa yang bakal dihuraikan kelak pastinya takkan diterima.

Tapi suka saya berkongsi akan salah satu kehebatan YB Teresa Kok lakukan di Seputeh ialah memperbanyakkan pusat maksiat di sana.

4. SAMM Wilayah berasa simpati kepada Umno Seputeh dan pemudanya, seraya itu ingin menasihatkan pemuda Umno Seputeh supaya cari jalan lebih baik untuk publisiti di hari raya, contohnya seperti mengadakan rumah terbuka.

US: Saya tak patot ulasan kenyataan ke 4 ni pasal apa yang dilakukan Pemuda Seputeh merupakan hak mereka sebagai pemilik banner tersebut. Soal publisiti hari raya, tak patot timbul.

5. SAMM Wilayah mengesyaki ada kemungkinan ia ditampal sendiri demi untuk mencari perhatian. Ketika seluruh negara menyambut hari lebaran, pemuda Umno seputeh terpaksa guna taktik cedera diri untuk tarik perhatian. Amalan 'baling batu sembunyi tangan' begitu sinonim dengan Umno. 

US: Apalah bodohnya UMNO nak lakukan perkara demikian sedangkan jika mereka nak buat begitu, ia boleh dilakukan selepas musim perayaan. Dan saya tak rasa UMNO Seputeh bangang seperti yang SAMMdol fikirkan, daripada membazir menampal sticker tersebut, lebih baik digunakan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Seputeh seperti yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lepas.

6. Bagi SAMM Wilayah, seharusnya ketika perayaan ini lebih baik pemuda Umno Seputeh bantu pihak polis banteras kejadian pecah rumah daripada susahkan polis dengan kes sebodoh ini. 

US: Sebelum SAMMdol meminta Pemuda UMNO berbuat demikian, adakah SAMMdol fikir samada perkara begitu harus atau tidak diutarakan pada UMNO kerna parlimen Seputeh diletakkan di bawah YB DAP. Maka lebih baik SAMMdol sarankan pada Teresa Kok.

7. Merengek hanya kerana banner ditampal stiker adalah sangat tidak matang. Usah dikata banner PR malah banner milik SAMM juga banyak yang hilang dan rosak namun tidaklah merengek hingga ke balai polis. Ini semua hanya kes kurang perhatian dan kurang kasih sayang yang dilalui Umno Seputeh.

US: Ini bukan soal tak matang, ini adalah soal hak sendiri telah dicerobohi orang lain. Mungkin SAMMdol mempunyai banyak duit untuk buat printing baru banner-banner milik mereka yang hilang dan rosak. Namun bagi UMNO, tiada masalah jika perkara begitu berlaku tetapi apabila berlaku perkara sebegini, maka sedikit pengajaran harus diberikan kepada mereka yang terlibat.

7 statement yang dikeluarlan SAMMdol, namun semuanya tidak menampakkan kematangan di pihak SAMMdol untuk menafikan hak yang terlibat sebenarnya memang berpunca daripada mereka.


Update via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO

Post a Comment

0 Comments