Wednesday, August 8, 2012

Pakatan Gorgon Berkepala Tiga. Serba Tak Menjadi #BNYCT #bn4wp

Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyifatkan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengguna pakai tiga tema Hari Kebangsaan ibarat raksasa yang mempunyai tiga kepala. Beliau berkata, dahulu dalam tamadun Greece, terdapat cerita mengenai satu raksasa gergasi yang mempunyai satu badan dengan tiga kepala.

"Pembangkang macam gergasi inilah, ada tiga kepala. 

Dia tidak tahu kepala mana yang nak 'control' (kawal). Perkara yang mudah tentang tema kemerdekaan pun mereka (PakatanRakyat) menggembar-gemburkannya seolah-olah tidak terima tema daripada kerajaan dan hendak pakai mereka punya sendiri.

"Jadi mereka buat satu keputusan dengan satu tema tetapi akhirnya ada tiga tema. Itu pun tak dapat kata sepakat," katanya pada sidang media selepas melancarkan Barisan Nasional Youth Cyber Team (BNYCT) di sini.

Beliau mengulas mengenai negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang akan menggunakan tiga tema Hari Kebangsaan yang berbeza.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, isu tema itu memberi gambaran tentang bagaimana Pakatan Rakyat akan mentadbir negara sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya mereka menang, beginilah cara mereka tadbir negara. Dasar lain, undang-undang pun lain. Mungkin di Kelantan ada hudud dan di negeri-negeri lain tiada hudud. Di Kedah ada hudud, di Pulau Pinang tidak ada hudud," katanya lagi. Beliau menambah, ia sebenarnya merupakan satu hikmah yang menunjukkan bagaimana satu perkara mudah pun Pakatan Rakyat tidak mempunyai persepakatan untuk menyelesaikannya.

"Bagi saya, nampak sangat bahawa semangat mereka bukan untuk semangat kenegaraan tetapi untuk semangat politik parti dan politik kenegerian. 

''Saya sarankan supaya (Pakatan Rakyat) tidak perlu keluarkan logo bersama kerana tema sudah berbeza," katanya. Tema sambutan Hari Kebangsaan bagi Kelantan ialah 'Menerajui Perubahan', Kedah memilih 'Terus Berbakti' manakala Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema yang sama iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'. 

Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema yang berbeza kerana tidak setuju dengan tema Hari Kebangsaan yang dipilih oleh kerajaan pusat iaitu 'JanjiDitepati'.

Dilaporkan, logo Hari Kebangsaan bagi Pakatan akan diumumkan pada Khamis manakala Kedah dan Kelantan bebas untuk membuat keputusan mengenai logo mereka sendiri dengan tema yang dipilih.

Update via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO

2 comments:

  1. KJ monster..... masa PAK LAH berkuasa dahulu dia bermaharajalela ,semua mahu disebatnya ,manusia hipokrit cermin diri dulu sebelum mengata orang lain

    ReplyDelete
  2. tunggang terbalik puak2 PR ni.. boleh lingkup negara..

    satu kata kena buat..
    satu lagi kata jangan buat..
    yg satu lagi kata fikir dulu..

    jawapannya rosakkkkkkkk..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...