66 tahun terus berbakti kepada rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan parti golongan yang dibantu.
Hari ini, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya meneruskan tradisi membantu orang kelainan upaya (OKU), anak-anak yatim, ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan Parlimen tersebut.
Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, program pada tahun ini diadakan di Parkson Alamanda, Putrajaya. Wakil rakyat Parlimen Putrajaya, YAM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa membeli- belah bersama-sama mereka.
Semasa program tersebut, Datuk Seri Tengku Adnan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang diraikan. Turut bersama dalam program ini, Ketua Pemuda Datuk Ahmad Zaki Zahid serta Ketua Puteri, Saudari Husna Abd Rahman dan Exco-exco Sayap Parti.
Alhamdulillah, usaha murni ini perlu dikekalkan dan diteruskan sepanjang masa tanpa mengira waktu dan musim tertentu.
Tahniah sekali lagi kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang mulia ini.
UMNO Hebat, BN Bagus
Sent via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..