Datuk Ahmad Maslan buat terjahan ke sekitar kawasan Chow Kit awal pagi tadi.
Bukan pergi terjah peniaga-peniaga haram, ataupun maknyah ataupun pelacur. Tetapi terjahan tersebut lebih kepada mencari dan merapati golongan gelandangan di sekitar kawasan tersebut.
Namun bukan sahaja golongan gelandangan ini diberikan makanan dan minuman bersahur bahkan para peniaga di situ juga turut diberikan juadah bersahur. Pemberian ini lebih kepada sebagai tanda ingatan dan silaturahim bersama antara satu sama lain.
Dalam ucapan ringkas semalam Datuk Ahmad Maslan menyatakan UMNO BN akan terus membela nasib rakyat yang tidak bernasib baik.
Turut hadir ialah Haji Nasir Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Selain majlis turut diserikan dengan kehadiran ayahanda-ayahanda dari PERMAS
Nampaknya UMNO melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diletakkan di bawah sayap Pergerakan Pemuda UMNO iaitu Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) sekali lagi terus berkhidmat tanpa sempadan kepada semua peringkat golongan.
Sekalung tahniah kepada SHEB dan mereka yang terlibat menjayakan program bersama golongan gelandangan yang diangkat sama taraf seperti rakyat Malaysia yang lain.
Sumber : Bersih 3 Suku , Gossip Rakyat, Panglima Perang Cyber
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..