Full Width CSS

40 Cedera, Pekerja Bergaduh Berebut Apple

Syarikat Foxconn yang mengeluarkan produk keluaran syarikat Apple dan beberapa firma elektronik lain menutup sebuah kilang di China semalam ekoran insiden pergaduhan melibatkan 2,000 orang pekerjanya, kata beberapa pegawai.

Sekitar 40 orang cedera dalam pergaduhan yang berlaku di kilang Foxconn, di Taiyuan pada pukul 11 malam kelmarin.

Syarikat induk Foxconn, Hon Hai memberitahu, pergaduhan tersebut berjaya dikawal oleh polis.

Beberapa gambar berkaitan insiden tersebut kemudian disiarkan di internet.



Imej-imej itu menunjukkan tingkap-tingkap sebuah bangunan pecah dan sebuah kereta polis berada dalam keadaan terbalik.

"Fasiliti ini akan dibuka semula esok," kata jurucakap Hon Hai, Simon Hsing.

Foxconn yang merupakan pengeluar komponen komputer terbesar di dunia, memasang produk untuk Apple, Sony dan Nokia selain beberapa firma lain.

Kenyataan yang sama memberitahu, pergaduhan itu bermula dengan pertikaian peribadi melibatkan beberapa pekerja di sebuah asrama kilang berkenaan yang terletak dalam wilayah Shanxi.

Post a Comment

1 Comments

  1. itulah China yg tk habis2 dgn kontrovesi, negeri yg mundur dlm tamadun manusia.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..