Full Width CSS

Dato Ketua Pemuda UMNO Kepong Ditikam

Berita yang baru diterima awal pagi ini.


Saudara Ketua Pemuda UMNO Kepong, Dato Norizan Ali (gambar baju kuning) cedera parah di perut akibat ditikam ketika bergelut dengan penyamun awal pagi tadi.

Sumber mengatakan bahawa beliau telah disamun di hadapan rumah ketika pulang sekitar jam 3 pagi. Kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan pagi tadi di Hospital Ampang. Beliau akan dipindahkan ke wad, lewat tengahari ini.

Inilah risiko yang terpaksa diterima oleh pemimpin masyarakat yang berkhidmat tanpa mengira waktu dan pulang ke rumah tidak tentu masa. Kepada pemimpin-pemimpin masyarakat di luar sana, berhati-hati kerana penyamun tidak kenal mangsa dan mereka pedulik apa.

Saya mendoakan kesejahteraan semua pemimpin masyarakat & teruskanlah perjuangan untuk rakyat demi agama, bangsa dan negara.


Sumber : Razali Mohaiyin (Pemuda UMNO Batu)

Post a Comment

1 Comments

  1. semoga kekanda norizan cepat sembuh dan tak lupa juga AL-FATIHAH BUAT AYAHNDA TIMBALAN KETUA UMNO KEPONG.SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT.INSYAALLAH

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..