Thursday, September 20, 2012

Demontrasi Aman Pemuda UMNO & PAS Solidariti Menyokong Satu Sama Lain



Pagi tadi berlangsungnya sidang akhbar yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin di tingkat 28, PWTC.


Tujuan sidang akhbar ini diadakan adalah untuk mengumumkan bahawa Pemuda UMNO Malaysia bersama beberapa gabungan NGO yang lain akan mengadakan demonstrasi aman bagi membantah isu penayangan filem "Innocence of Muslim" dan karikatur yang menghina Rasulullah SAW. Antara isi penting sidang media adalah:

1- Pemuda UMNO dan gabungan NGO akan berhimpun secara aman di Masjid Kampung Baru esok selepas solat Jumaat.

2- Himpunan aman membantah filem dan kartun menghina Islam. Mengecam tindak balas ekstrem dan nyatakan hormat kepada semua Agama (respect for all religions).

3- Menjemput semua Muslim dan bukan Muslim untuk hadir ke himpunan esok atas semangat menghormati setiap kepercayaan (respect all faiths).

4- Khairy Jamaluddin telah berbincang panjang lebar dengan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Al Tantawi semalam. Pemuda UMNO bersolidariti dengan Pemuda PAS yang akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat esok. Namun setelah Nasaruddin Tantawi dan Khairy berbincang mengenai soal keselamatan dan kelancaran majlis, mereka bersetuju untuk membuat perhimpunan di lokasi lain.

5- Tetapi Khairy berharap Pemuda PAS akan dapat bersama Pemuda UMNO pada minggu depan pada majlis Malam Mencintai Rasul demi agama dan ummah.


1 comment:

  1. syukran alhamdulillah!!

    hehe

    seronok sngt dpt berita UMNO dan PAS bekerjasama

    semoga kekal berpanjangan

    tahniah utk semua pihak

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...