Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 5,000 orang dijangka hadir pada perhimpunan itu.
"Perhimpunan ini akan bermula selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Khairy berkata, perhimpunan aman itu jelas menggambarkan bahawa umat Islam bersama-sama rakyat pelbagai kaum di negara ini membantah sebarang usaha untuk menghina mana-mana agama.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan perhimpunan itu kepada polis.
Lagi video menyusul.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..