Full Width CSS

@ngehkooham Sedang Hina Islam, Apalah Kiranya Dia Dicampak Ke Laut

Kenyataan biadap daripada Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham semalam pada dasarnya benar² merobek perasaan umat Islam di Malaysia khususnya.


Pada mulanya kritikan tersebut ditujukan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaludin tetapi di penghujung kenyataan twitter nya berbunyi seakan² mempersendakan umat Islam hari ini  kerana menghabiskan masa dan tenaga saja mengutarakan kemarahan mereka terhadap filem Innocence of Muslims.

Bagi saya, ini sesuatu yang dianggap biadap !!

Ngeh sebagai seorang rakyat Malaysia yang duduk dikalangan masyarakat Melayu dan Islam di sini sepatutnya lebih peka dan sensitif dengan isu² semasa berhubung penghinaan kepada umat Islam. Ini bukan kali pertama Islam dihina di seluruh dunia dan ini juga bukan kali pertama pemimpin dari kaum lain beraliran Pembangkang sengaja membuat provokasi terhadap Islam.

Jika dihayati dalam Rukun Negara Malaysia jelas terpapar dan disebut oleh sekalian rakyat Malaysia seperti di bawah.

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja & Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan & Kesusilaan

2 perkara pokok atau utama yang menjamin kepada keharmonian kaum di negara ini ialah Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan & Kesusilaan.

Sebagai seorang Islam, wajib bagi saya percayakan Tuhan yakni Allah S.W.T dan di dalam Rukun Islam juga tertera kewajipan Beriman Kepada Allah & RasulNya. Di dalam prinsip rukun agama Buddha atau Kristian waima agama lain sekalipun, penerapan beriman ataupun kepercayaan kepada Tuhan pun tetap juga diutamakan.

So dalam soal ini, Ngeh sepatutnya usah mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap umat Islam. Kenyataan sensitif Ngeh semalam mungkin akan memburukkan lagi keadaan semasa. Mungkin ini yang diterapkan di dalam sebuah parti perkauman DAP.

Jika sebelum ini, DAP pernah berjanji di hadapan penyokong² tegar PAS bahawa andai suatu hari nanti PR sudah berkuasa pastinya Islam tidak akan dipinggirkan. DAP akan turut perjuangkan Islam waima dalam keadaan apa sekali pun kerana DAP respect Islam. Caittt podah !!

Inilah dia yang dinamakan Janji Dicapati oleh DAP. Mereka sanggup menunggang terbalikkan kepercayaan PAS berikan kepada mereka untuk mendapat undi² rakyat daripada bangsa Melayu Islam. Hari ini kata sanggup tidur sebantal dengan PAS, esok kata tak sanggup tidur sebantal dengan PAS kerana PAS 'berdengkur' lebih kuat dalam tidurnya.


Berhubung dengan kenyataan Ngeh ini, saya sendiri ingin mengetahui apakah respon PAS terhadap posting Ngeh menyindir umat Islam kononnya seakan fanatik mempertahankan Islam.

PAS boleh tolong jawab kot? 
Mungkin Khalid Samad ada jawapannya.

Post a Comment

1 Comments

  1. tak kan orang/melayu tengok je? tak ada yg ingin nak terajang dia ke atau takut? repot polis belambak, apa yg result nya? orang macam ni kita patut kita bagi penampar je. ada orang islam hina agama lain?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..