Full Width CSS

PAS Cuba Counter Semula Pujuk Cari Undi @PDRMsia

Perghhhhhhhh setelah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dimaki dan dihina oleh puak pelampau Bersih 3.0 beberapa bulan yang lepas, kini mengapa tiba² PAS berlembut hati untuk berbakti dengan PDRM ??

Musykil pulak.
Adakah PAS cuba untuk counter semula kejadian² yang telah menyakitkan hati dan perasaan anggota keselamatan negara ?


Sebelum itu perasaan anggota keselamatan dari zaman penjajah telah dicarik bagaikan hendak terkeluar jantung apabila Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu menyifatkan anggota zaman darurat sebenarnya tali barut askar penjajah dan Komunis merupakan wira yang sebenar.

Kemudian apabila Bersih 3.0 tercetus, PDRM dipersalahkan kerana pelbagai andaian dibuat oleh pihak penganjur yang menganggap PDRM sebagai Polis zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Tiba² hari ini Pakatan Hamlau merangka tiga strategi untuk penambahbaikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan pembahagian semula sumber manusia dalam PDRM dengan menempatkan anggotanya di bahagian yang kritikal.

"Bukan tambah kakitangan tapi anggta di tempat yang tidak kritikal kita pindah kepada tempat yang kritikal iaitu untuk membasmi jenayah," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini.


Mengulas lanjut, Mustafa berkata, pembahagian semula anggota itu kerana bahagian penyiasatan dan pencegahan jenayah kekurangan tenaga sehingga terpaksa mengendalikan 20 kes dalam sebulan berbanding lima kes sebelum ini.

Strategi kedua katanya adalah dengan menaikkan gaji anggota PDRM berdasarkan suasana semasa.

"Kita tak tetapkan berapa gaji yang akan dinaikkan tapi akan ada kenaikan berdasarkan prestasi mereka," katanya.

Strategi ketiga kata Mustafa adalah meningkatkan teknologi dan komunikasi PDRM iaitu memberi tumpuan kepada kebolehan membasmi jenayah.

 

"Dari segi siasatan forensik, analisis forensik, itu perlu ditingkatkan bagi memastikan keberkesanan PDRM membasmi jenayah," katanya.
Nampak sangat PAS terdesak nak rayu undi daripada Polis hahaa. Jangan haraplah der. Polis sekarang dah benci golongan hamlau perusuh rakyat.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..