Exco Pemuda Umno Hisamuddin Yahya berkata sudah tiba masanya KDN mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut supaya dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai.
"Pemuda Umno mahu mereka terlibat mendapat pembalasan sewajarnya terhadap perilaku jijik yang menimbulkan keresahan serta kemarahan di kalangan rakyat negara ini.
"Kenapa kita perlu takut bertindak dengan segelintir pihak tidak bertanggungjawab itu sedangkan kita menafikan suara majoriti penduduk yang cintakan keamanan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan bersama Anggota Jawatankuasa Penaja Umno Cawangan Iskandar Perdana, di sini hari ini.
Pada malam ambang Merdeka itu, segelintir peserta perhimpunan itu bertindak memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selain mempamerkan 'bendera baharu' kononnya bagi menggantikan Jalur Gemilang
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..