Full Width CSS

#PRKampus : Memang Dasar #ProMenipu Sengaja Reka Cerita


Saya tergelak membaca salinan report Polis yang dibuat oleh si pengadu, Edikoup pelajar dari Pro Mahasewel, Universiti Malaya.Yang menariknya si Edikoup membuat laporan Polis dan mendakwa kononnya ada pula budak datang ke rumah dia nak melakukan sesuatu yang dirasakan mengancam keselamatannya.

Part yang paling menarik sekali apabila si pengadu langsung tidak mengecam langsung siapa budak yang datang ke rumahnya tu dan dalam masa yang sama si Edikoup ni GAGAL mengenalpasti nombor plate kereta Wira warna merah dan nombor plate motosikal orang yang disyaki.

Wahhh mudahnya buat laporan Polis tanpa perlu mengemukakan apa-apa bukti ataupun cerita yang boleh dikatakan agak menarik ataupun de boom. Ini setakat buat report Polis tanpa memberi apa-apa maklumat yang boleh membantu siasatan Polis.

Jika masih ingat tahun sebelum ini, strategi yang agak sama digunakan oleh Pro Menipu untuk mengaburi dan mengaut keuntungan undi kesian daripada pemilih.


Adakah kejadian seperti pada Pilihanraya Kampus tahun lepas akan berulang?

Kehilangan calon dari Pro Mahasiswa si Masturah telah menghilangkan diri sendiri dan seluruh kampus gempar dengan berita tersebut. Disebabkan hal tersebut, maka Pro Menipu berjaya mendapatkan undi percuma dari kalangan pelajar yang kasihan dengan percaturan busuk mereka.

So apa lagi game plan mereka untuk malam ini dan esok pagi bagi meraih undi pelajar-pelajar di Universiti Malaya. Sama-sama kita nantikan.



Sumber : Penggerak Mahasiswa

Post a Comment

1 Comments

  1. laaaa....ada no IC ku ingat Indon tadi......

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..