Full Width CSS

#PRKampus : Pelajar & Rakyat Boleh Nilaikan Kualiti Lakonan #ProMenipu

Kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook tentang dakwaan EdikoupLakip Sediyanto (Pengerusi Mahasiswa Pembangkang di UM) yang kononnya dipukul pada malam 24 September 2012.

Kenyataan dalam Facebook hanya keluar pada jam 9.30 pagi pada 25 September 2012. Mengapa terlalu lambat membuat kenyataan?

Berdasarkan dakwaan tersebut, maka ditulislah dalam Malaysiakini dan diwar warkan dalam media yang pro mereka bahawa pemimpin mereka telah dipukul.



Sebelum itu, satu laporan polis sudah dibuat oleh Edikoup pada jam 4.32 pagi pada 24 September 2012. Kononnya, ada tiga orang lelaki naik kereta Proton Wira berwarna merah dan datang ke rumah. Ada beberapa keraguan yang boleh dipersoalkan :



1) Amat tidak masuk akal tiga orang lelaki yang datang ke rumah Edikoup itu gagal dikenalpasti identitinya. Ini kerana, apa yang dilakukan oleh kawan-kawan Edikop yang lain? Mereka bukan kawan-kawan biasa, mereka adalah jentera kepada Pro M di UM. Rumah yang didatangi pun bukan rumah biasa, ianya biasanya adalah rumah operasi mereka.



Dengan latihan yang diberikan oleh pakatan pembangkang kepada mereka seperti yang diakui oleh Khalid Ismath dalam Twitternya, mustahil tiada seorang pun daripada mereka yang tidak memiliki kamera atau video.

Kesnya sama macam kes kepala babi dilempar di Surau Akademi Pengajian Islam, tiada seorang pun perasan orang yang masuk melalui pintu belakang untuk meletakkan kepala khinzir dalam surau, sedangkan mereka tidur beramai ramai dalam surau tersebut (baca sini).

2) Kalau pun tiada kamera dan video, jentera Pro M yang bersama dengan Edikop dalam rumah tersebut adalah ramai. Jika melihat sesuatu kenderaan yang dicurigai, penglihatan yang pertama akan fokus kepada plat kenderaaan terlebih dahulu sebelum melihat warna kenderaaan.


3) Amat pelik, Malaysiakini hanya siarkan gambar Edikoup dari luar sahaja dengan muka menutup hidung, tanpa gambar kesan Edikoup dipukul dengan begitu teruk.

"Setelah itu, turun seorang yang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya sehingga saya terjatuh dari motosikal.

"Setelah itu, mereka memukul saya, menghentak kepala saya dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya. ini yang ditulis dalam Malaysiakini tentang keadaan Edikop dipukul (baca sini).

Kalau sudah dipukul dengan topi keledar dan sebegitu teruk sekali kejadiannya, mengapa tidak difokus gambar kesan lebam tersebut? Kenapa gambar tutup hidung sahaja?

Sama seperti Safwan Anang berlakon pada malam 1 Januari 2012, tiada laporan perubatan dikemukan sampailah ke hari ini (baca sini). Mengapa laporan perubatan yang sama tidak dikeluarkan untuk kes Edikop?

4) Lumrahnya, pada malam pilihan raya kampus, seorang ketua jentera tidak akan berjalan sendirian setelah menerima ugutan dan diganggu oleh orang lain. Bagi tujuan kempen dan keselamatan, dakwaan Edikoup beliau bersendirian sewaktu kejadian adalah amat diragui.

5) Mengapa waktu ugut dan waktu dipukul adalah malam-malam terakhir sebelum pilihan raya kampus diadakan? Mengapa cerita ini perlu diadakan? Simpati?

6) Tanpa diketahui siapa pemukul dan motif si pemukul, persepsi yang cuba dibina dalam minda mahasiswa dan rakyat adalah yang memukulnya dalah pihak lawan iaitu kumpulan Penggerak di Universiti Malaya. 

Taktik ini sama seninya seperti kes culik Masturah pada pilihan raya kampus yang lepas di UM. Apa motif penculik dan tidak sedar siapa penculik, kemudian yang cuba dituduh adalah pihak lawan mereka.




7) Taktik yang sama cuba digunakan di UKM. Dakwaan dibuat di lobi parlimen pada 24 September 2012. Kononnya ada panggilan telefon untuk membunuh dan sebagainya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kampus sebegitu ekstrems sekali hendak kuasa hingga bunuh membunuh. Yang pernah berlaku adalah usung keranda, pecah pintu dan kepung pejabat HEP.



Berkerusi roda? Sama macam Mohd Sabu, Anwar Ibrahim dan Safwan Anang. Taktik yang sama untuk raih simpati?

Selepas ini sudah tentu Edikoup akan berkerusi roda dan melawat tempat tempat mengundi di UM.

Apakah taktik ini sengaja dibuat untuk mewujudkan kepercayaan awal sebelum peristiwa Edikop dipukul beri liputan meluas oleh Malaysiakini? Usah terperangkap dengan main gerak saraf reverse psychology yang cuba dibuat oleh mahasiswa pembangkang ini.

Mereka meniru aksi baling cat merah ke bas, ugutan kononnya Anwar Ibrahim hendak dibunuh ketika Saiful Bukhari melaporkan kes liwat dan strategi mencederakan diri sendiri yang pernah dilakukan Mohd Sabu dalam BERSIH 2.

Berhati hati dengan taktik mereka. Kekalkan bersama Aspirasi Mahasiswa. Ini barulah ugutan bunuh yang sebenar (baca sini). Siapa mereka? Anda nilaikanlah sendiri.

Post a Comment

0 Comments