Full Width CSS

PRU13 - @Khalid_Ibrahim Akan Bertanding Di Kawasan 50:50


Percaturan politik gila apakah yang sedang melanda kerajaan negeri Pembangkang, Selangor hari ini. Bukan sekadar ura² namun ini adalah perkara benar yang mana penduduk di DUN Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak terpaksa terima.

Apa yang terpaksa terima pula?

Menteri Besar Songkok Senget, Khalid Ibrahim tidak akan mempertahankan kedua² kawasan tersebut pada PRU 13 akan datang. Jika sebelum ini, desas desus mengatakan Khalid Ibrahim akan bertanding menggantikan anak Anwar Ibrahim iaitu si Nurul Izzah di Lembah Pantai namun jangkaan tersebut nyata sekali meleset.


Mungkin di bawah ini jawapan untuk persoalan di mana Khalid Ibrahim sendiri akan bertanding di kawasan lain selain Ijok, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Lihat di bawah.


Ini daftar pemilih yang terbaru diperiksa mendapati Khalid Ibrahim berkemungkinan besar akan bertanding di Dewan Undangan Negeri, Bukit Melawati yang juga di dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor. Apa kehenya Khalid Ibrahim tercampat jauh di barat Selangor.

Adakah Khalid Ibrahim merupakan calon popular di sana ataupun Khalid Ibrahim hanya akur mengikut perancangan Pengarah Strategi PKR iaitu si Rafizi Ramly dan dipersetujui oleh Anwar Ibrahim??

Sebagai seorang yang waras, saya merasakan kehendak PKR meletakkan Khalid Ibrahim di kawasan tersebut sebagai salah satu cara untuk mematikan langkah perjalanan karier politik Khalid Ibrahim.

Sekadar info dan rekod bersama, di bawah ni wakil rakyat bagi DUN dan Parlimen kawasan tersebut.

ADUN Bukit Melawati
YB Muthiah A/L Maria Pillay (PKR)

Ahli Parlimen Kuala Selangor
YB Dr Dzulkefly Ahmad (PAS)

Perghhh apa yang menyebabkan Khalid Ibrahim boleh tercampak di sini? Sedangkan PR mempunyai calon yang boleh dianggap terbaik di sana.

Mungkin penilaian yang PR buat mendapati status Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor memungkinkan dirinya dipilih untuk terus menerajui negeri tersebut.

Jika dilihat daripada keputusan PRU 12 yang lepas. 

DUN Bukit Melawati

PKR hanya menang tipis di kawasan tersebut. Majoriti sekitar 297 undi sahaja. Terlalu rendah jika hendak dibandingkan dengan pencapaian yang Khalid Ibrahim perolehi di DUN Ijok sebanyak 1920 majoriti undi.

Lihat di Parlimen Kuala Selangor pula :

Majoriti kemenangan yang dicipta oleh wakil PAS ini juga tidak melebihi 1,000 majoriti undi. Kemenangan ini disifatkan terlalu tipis. 

Pada pengamatan saya, kemenangan calon² ini pada PRU 12 yang lepas disebabkan fenomena ataupun tsunami politik yang melanda negara. Ketika itu, rakyat termakan dengan janji² yang ditaburi oleh mereka sehingga boleh menjadi kerajaan Negeri hari ini.

Apalah nasib Khalid Ibrahim selepas PRU 13 ni nanti. Meletakkan Khalid Ibrahim di sini merupakan cara terbaik untuk menaikkan calon lain menjadi Menteri Besar Selangor selepas ini.

Inilah budi yang dibalas Anwar Ibrahim setelah sebijik bas 2 tingkat di'sewa khas' oleh Khalid Ibrahim untuk PR berjalan² menjelajah temberang rakyat. Kesian lah kat hang ni Khalid.


Post a Comment

0 Comments