Full Width CSS

#respect Islam : Rakyat Wajib Boikot Old Town White Coffee


Mungkin ramai lagi kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam tidak menyedari bahawa restoran kopitiam yang menggunakan nama Old Town White Coffee sebenarnya dimiliki oleh manusia durjana yang menghina Islam ketika kemarahan umat Islam sedang memuncak di kala timbulnya video di dalam web Youtube iaitu Innocence of Muslims.

Ini perkara yang perlu disebar luaskan oleh setiap lapisan umat Islam di negara Malaysia ini khususnya. Jangan pentingkan soal makan ataupun tak hebatlah tak lepak kat Old Town. Persetankan semua itu. 

Ini soal individu yang kurang ajar mempersendakan umat Islam dan tidak reti respect kepada agama lain. Malaysia sudah 55 tahun mencapai kemerdekaan dan rakyat hidup harmoni serta tiada masalah antara kaum. Tetapi makhluk biadap ini cuba mencetuskan suasana kurang enak di kalangan rakyat yang berbilang kaum di sini.

Semalam, si Pengerusi DAP Perak ni sengaja menimbulkan spekulasi yang kurang enak berhubung isu halal di Malaysia. Lihat di bawah, pendebatan antara Saudara Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda PJU, Armand dan Ngeh Koo Ham biadap.


Apa punya baghal pemimpin yang dimiliki oleh DAP ni. Langsung takda sense untuk menjaga sensitiviti umat Islam. Soal hukum halal dan haram bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia mengambil serius akan soal ini.

Dunia juga hari ini turut mengakui bahawa produk makanan halal sudah menjadi trending bisnes dunia untuk mendapat tempat di kalangan umat Islam bahkan bangsa lain di seluruh dunia mengakui produk halal terbukti bersih dan mengikuti segala piawaian yang ditetapkan.

Malaysia juga merupakan antara negara yang terpenting di dunia, di mana kebanyakkan produk-produk makanan dari seluruh dunia menggunakan perkhidmatan agensi kerajaan Malaysia untuk mengesahkan status halal tersebut.

Namun malang bagi rakyat Malaysia terutamanya Muslim. Sikap 'takpelah' dan mempercayai akan sesuatu produk yang terkenal dan mempunyai branding tersendiri telah menyebabkan kita sering alpa akan status halal sesuatu produk makanan tersebut.

Sama juga dengan status halal yang tidak terdapat pada Old Town White Coffee. Saya difahamkan, ada beberapa premis ini telah memohon dan mempunyai status halal kerana menggunakan inisiatif pengurus cawangan itu sendiri. Namun di pihak pengurusan mereka, langsung tak serius membuat permohonan.

Dalam perdebatan antara kedua-dua pemimpin di atas tadi boleh dilihat bahawasanya si Ngeh Koo Ham ni seorang yang jenis sengaja mempersoalkan itu dan ini dengan niat menyinggung perasaaan umat Islam.


Tak salah jika saya nyatakan bahawa si Ngeh dan kuncu-kuncunya di dalam DAP sebenarnya anti Islam.

Post a Comment

8 Comments

  1. walaupun saya PR, tapi statement ngeh semakin hari semakin bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Man. Sebagai Muslim, inilah salah satu perjuangan kita demi Islam.

      Delete
    2. TAHNIAH BLOGGER REZQEEN. PENDEDAHAN KELUAR TV

      Delete
  2. Umat Islam harus bangkit sedar.

    ReplyDelete
  3. ni lah klu cina estet dapat pangkat sikit... mcm ni nak teraju Malaysia... hancur lah Malaysia... pada pandangan sy yg tak minat politik...Janganlah Mempolitikkn Agama... Halal,tetap halal n jgn yg haram dihalalkn... igt mati sudah...

    ReplyDelete
  4. islam addin saya,betul laa kata YB ngeh tu bro..Islam tu bebas dan merdeka..apa plak nak dibeban2kan.islam tu mudah,apa plak nak disusahkan.dulu islam berkembang pesat disabah negeri saya disebabkan olh para pendakwah tempatan yg memudahkannya dikalangan kaum pagan dgn aspek tauhid terlebih dahulu..tp,islam terbantut apabila para pendakwah yg datang dari semenanjung berdakwah dgn seribu halal haramnya!!mubaligh Kristian datang pdalaman dgn Allah nya tanpa halal haram.datang dengan makanan,ubat dan wang.pendakwah Islam datang ke pedalaman dgn seribu halal haramnya,dah tu,tangan kosong dan tumpang tidur sana sini. mana org pagan nak terima benda2 susah tu.pegang anjing pun haram..sedang makhluk Allah yg disebut dlm Quran tu penting dlm kehidupan seharian..pening palak diorang ooo..dan lagi,apa sangat lah halal haram kopi tu apabila rasuah yg terang2 haram berlaku depan mata!harta rakyat dirompak,maksiat berleluasa,fitnah subur tahap mega dibiar begitu sahaj.jelas saya nyatakan, dalam byk hal,orang bukan Islam itu lebih Islam daripada orang Islam sendiri.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Dia begitu kerana dia tidak dapat melihat dengan jelas betapa pentingnya isu halal-haram dan sensitiviti apabila martabat Islam diperkotak-katikkan.

    Cadangan saya daripada mengutuk Ngeh yang hanya menaikkan lagi benci dan menjurangkan perbezaan di antara kaum/agama, marilah kita sama-sama berkempen untuk menunjukkan kepentingan HALAL dalam kehidupan seharian dan supaya orang bukan Islam menghormati kepentingan tersebut.

    Kalau dok cakap orang Bodoh bahalol, sampai bila pon isu ni takkan selesai. Bukan ajaran Islam pon kan nak guna bahasa-bahasa sedemikian?

    ReplyDelete
  6. Maksud dia kopi luwak tu pun halal jugak la tu..kan kopi kat luar negara..jom propose jual kat old town. Apa pulak komen menteri kita ni

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..