Full Width CSS

Sekitar Demo Aman Bantah Film Innocence of Muslims Di Masjid Jamek Kg. Baru @khairykj @razaliibrahim #respect
















  













  



Dianggarkan sekitar 1,500 orang daripada pelbagai bangsa dan kaum berkumpul di hadapan Masjid Jamek Kg Baru selepas Solat Jumaat tengahari tadi.

Demontrasi Aman anjuran Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) ini diadakan bertujuan membantah film Innocence of Muslims yang ditayangkan di seluruh dunia menerusi laman Youtube kepunyaan Google.

Pemuda BN dengan gabungan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Silat Lincah berkumpul dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung isu sedemikian.

Turut disentuh kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang telah menimbulkan provokasi terhadap umat Islam. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semasa berucap. Beliau menegaskan bahawa keberanian DAP hari ini disebabkan adanya petualang-petualang Melayu Islam yang tidak kisahkan akan penghinaan dan pencabulan terhadap Islam.


"Saya menghormati kebebasan bersuara, berpolitik dan berhimpun tetapi saya tidak akan benar kebebasan menyentuh kesucian agama Islam, apatah lagi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W"


Mengambil tempat seterusnya, YB Khairy Jamaluddin berucap membakar semangat kecintaan kepada Islam.

"Pemuda UMNO, Pemuda BN dan semua yang berkumpul pada hari ini di Masjid Kg Baru. Kita solidariti dengan Pemuda PAS, kita bersama dengan Pemuda PAS. Tidak seperti rakan seperjuangan mereka, DAP. DAP tidak sehati dengan mereka.

"Hantar mesej kepada mereka, kepada PAS. Tak payah lagi bersama dengan DAP, keluar daripada Pakatan hari ini. Masuk bersama dengan kita, berjuang demi agama, bangsa dan negara."

Video akan menyusul nanti.

Post a Comment

0 Comments