Full Width CSS

Soal Gambar Orang Ramai Menjadi Isu Besar Kepada PR #bn4wp

Dakwaan sesetengah pihak kononnya Bernama telah mengubahsuai gambar yang diambil pada rumah terbuka Aidilfitri 2012 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya adalah sama sekali tidak munasabah, kata Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong.



"Masa adalah intipati bagi sesebuah organisasi berita profesional dan bertanggungjawab seperti Bernama dan kami tidak ada masa untuk sengaja membuat sesuatu yang tidak rasional," katanya sambil menambah, unit foto pertubuhan berita nasional ini baru saja dilengkapkan dengan kamera dan lensa yang moden dan serba canggih tahun ini.

Yong berkata gambar asal yang dikatakan itu, yang menunjukkan sekumpulan besar orang ramai di rumah terbuka perdana menteri itu boleh dilihat oleh sesiapa jua di ibu pejabat Bernama di sini.

Keadaan orang ramai berpusu-pusu di rumah terbuka Aidilfitri perdana menteri telah menjadi kebiasaan sejak Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri tiga dekad yang lalu, bermula dengan Sri Perdana yang lama di Damansara dan Seri Perdana kini di Putrajaya.

Pada 1 September lalu, seorang senator pembangkang mengeluarkan kenyataan mendakwa gambar yang disiarkan di beberapa akhbar itu telah diubahsuai oleh artis grafik amatur dan gambar-gambar rumah terbuka itu sepatutnya menunjukkan anak-anak muda, yang tua dan orang kurang upaya yang berkerusi roda.

Yong berkata jurufoto itu, Harry Salzman Abu Bakar, yang sebelum ini pernah mengambil gambar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-Moon, Perdana Menteri Britain David Cameron dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hilary Clinton tanpa masalah, telah menggunakan kreativitinya untuk menunjukkan sekumpulan besar orang ramai terutama golongan muda, hadir ke rumah terbuka itu untuk bertemu perdana menteri. 

Selain gambar itu, yang menunjukkan keterujaan orang ramai, Harry Salzman juga telah mengambil banyak gambar lain pada majlis itu, termasuk gambar perdana menteri melambai kepada tetamu.

"Tidak dapat dinafikan yang Datuk Seri Najib mempunyai daya tarikan, bukan sahaja di rumah terbuka Aidilfitrinya tetapi juga pada majlis dan acara awam lain, kerana gambar-gambar dan klip video pertubuhan berita lain turut membuktikannya," katanya.

Post a Comment

3 Comments

  1. biasalah pembangkang, kalau jeles, dia bagitau edit lah pakebende lah, nak tarik perhatian parti diaorg ler tu.. walhal byk media blog n rakyat dah boring dengan cara teknik physco diaorg... hahaha ksian...

    ReplyDelete
  2. bila dah terdesak keramai yang engkat arahan tak mau kibar jalur gemilang maka rasa tersepit ne di terjemahkan di mana2 akhbar arus perdana agar kelihatan rakyat mwnyokong UMPORNO tapi realitinya HAPRAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK....

    ReplyDelete
  3. Salam bro.
    Sila baca blog Helen Ang kat situ mungkin ada 'pencerahan mata' kepada mereka yang masih kabur.Kalau blogger main photoshop bolehlah maaf..tapi bila Bernama..keh keh keh

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..