1. Sistem AES adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat. Ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan dan juga tidak melanggar lampu isyarat. Objektifnya mudah iaitu supaya pemandu mematuhi peraturan terutama yang berkaitan dengan hadlaju dan lampu isyarat.
2. Sistem ini bukan bertujuan untuk menyaman atau mengutip duit. Ini hanya helah pakatan pembangkang yang lumrahnya suka menabut fitnah dan memanipulasi setiap perkara yang baik untuk rakyat.
3. Sekiranya ianya bertujuan untuk mengutip duit, maka lebih baik suruh polis menyorok di bawah jambatan dan rakam had laju. Confirm sekejap jer berpuluh-puluh juta boleh dikutip. Betul tak..??
4. Oleh kerana ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan menyebabkan lokasi kamera ini diwar-warkan siap dengan koordinat sekali. Kameranya juga jelas terpampang dan papan tanda amaran juga diletakkan. Malah, sistem pengesan seperti menggunakan GPS navigator untuk memberi amaran pun boleh digunakan. Kalau pasal nak kutip duit, takkan diberitahu sedemikian rupa. Cuba gunakan akal tu sikit.
6. Sistem AES ni bukannya baru. Dah lama diamalkan di negara-negara maju dan ianya jelas terbukti boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.
7. Di UK misalnya, ada lebih dari 6,000 kamera seperti AES. Kamera-kamera ini dipasang di lebuhraya yang mempunyai had kelajuan 70mph dan 60mph, di jalan-jalan yang mempunyai kelajuan 40mph malah di jalan yang mempunyai kelajuan 30mph pun dipasang. Di Malaysia, baru pasang di 14 tempat dah ada yang bising. Kalaulah dipasang di kawasan 40 km/h, mungkin berlaku rusuhan. Malu sungguh melihat mentaliti masyarakat macam ni di Malaysia.
8. Ada yang mempersoalkan kenapa had laju di lebuhraya hanya 90km/j ? Di Malaysia, hadlaju lebuhraya secara umum adalah 110km/j. Tetapi di lebuhraya yang menghampiri pusat bandar, had lajunya adalah 90km/j dan dalam kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, had lajunya adalah 80km/j. Perubahan had laju ini sepatutnya mudah difahami kerana semakin hampir dengan pusat bandar, bilangan kenderaan akan bertambah, bilangan susur keluar juga mungkin bertambah oleh itu pemanduan perlu lebih perlahan dan berhati-hati.
9. Di UK juga mempunyai sistem yang sama. had laju lebuhraya secara umum adalah 70mph (~ 110 km/j). Bagi kawasan yang hampir ke pusat bandar (contohnya London), hadlajunya adalah 60mph (~90 kkm/j) dan bagi kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 40mph (60 km/j). Bagi kawasan yang hampir dengan perumahan,sekolah,hospital, hadlajunya adalah 30mph (~45 km/j).
10. Ada yang bising kerana kamera ini dipasang di lebuhraya. Mereka ini tidak tahu bahawa kamera ini dipasang dikawasan `hotspot' untuk kemalangan jalan raya. Sebab itulah, kamera ini dipasang di jalan bandaran lebih banyak dari lebuhraya. Dari 14 kamera yang telah dipasang, hanya 4 dipasang di lebuhraya dan dari 561 kamera had laju yang akan dipasang kelak, hanya 63 ataupun 11% yang dipasang di lebuhraya. Sebahagian besarnya dipasang di jalan bandaran atau jalan biasa. Ini membuktikan sekali lagi, sistem ini bertujuan untuk mendidik supaya kemalangan dapat dikurangkan.
11. Undang-undang jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk berjalan. Tidak adak sebarang pelepasan untuk melanggar undang-undang. Di sinilah sekali lagi kita boleh lihat betapa tingginya sikap pemandu di UK (sbg contoh). Mereka tidak akan melanggar undang-undang walaupun terpaksa berhenti di lampu isyarat pada jam 3.00 pagi.
12. Memang benar, akan ada dikalangan masyarakat yang hanya memperlahankan kenderaan di kawasan berkamera sahaja dan kemudianya memecut semula. Ini tidak apa kerana sekurang-kurangnya, dia telah memperlahankan kenderaan terutama di kawasan-kawasan hotspot. Untuk memperlahankan kenderaan supaya tidak melebihi had laju yang ditetapkan, mereka tidak boleh memandu terlalu laju, kalau tidak...tak sempat. Oleh itu, ini juga mendidik masyarakat agar tidak memandu terlalu laju. Apabila sikap ini berulangkali dilakukan, maka lama kelamaan ianya akan menjadi satu rutin harian.
13. Walau dalam hanya beberapa hari sistem AES ini dilaksanakan, kita sudah boleh melihat perubahan sikap pemandu. Kita dah boleh lihat, kenderaan memperlahankan kenderaan di kawasan kamera sehingga tidak ada yang mahu menggunakan lorong laju. Kita boleh lihat bagaimana semua kenderaan memandu dengan penuh berhemah di kawasan berkamera. Masyarakat juga semakin peka dengan papantanda had laju. Kalau sebelum ini, mungkin ada yang tidak tahu dengan had laju 90km/h, tapi kini dah tahu dan dah boleh peka dan ambil tahu mengenai hadlaju sesuatu kawasan.
14. Perubahan yang positif ini dapat dilihat hanya selepas beberapa hari perlaksanaan sistem ini. Lama-kelamaan mungkin nak nampak kamera ini mengeluarkan flash pun susah sebab semua pihak memandu dengan berhati-hati. Bukankah ini satu perkembangan yang baik?
15. Harapnya sistem ini dapat diperluaskan kepada kesalahan-kesalahan yang lain seperti memandu di lorong kecemasan, memotong di kawasan garisan berkembar, membuat pusingan U-turn di kawasan yang tak boleh dan lain-lain. Supaya satu hari nanti masyarakat di Malaysia akan terkenal sebagai pemandu yang berhemah dan berbudi pekerti tinggi.
16. Harapnya, janganlah ada mereka-mereka yang menentang perkara yang membawa kebaikan ini. Kalau pembangkang yang menentang, itu adalah perkara biasa kerana mereka memang tak mahu berfikir dan mereka tiada kerja selain daripada membangkang sahaja apa yang dibuat oleh kerajaan walaupun perkara yang baik. Tapi, kini ada juga mereka dari penyokong kerajaan yang turut sama tidak mahu berfikir dan menentang perkara yang baik ini. janganlah terikut-ikut dengan sikap pembangkang.
17. Sistem ini bertujuan baik. Ianya boleh mendidik sikap pemandu di Malaysia. Ianya boleh mengurangkan kemalangan dan kematian. Ianya menggalakkan masyarakat supaya mematuhi peraturan. Kenapa masih ada yang tak suka dengan kebaikan-kebaikan ini ? Kemanakah hilangnya nilai masyarakat yang mahukan kebaikan ?
Baca lagi di sini.
3 Comments
Assalamualaikum. Saya dari awal positif dengan sistem AES ini sbb saya dlm bidang kejuruteraa berkaitan. Malang sekali beberapa bloggers yang appear spt Pro-Krjn (RBF, House PK,) melanyak tanpa henti isu ini dan dibuka ruang seluas2nya pihak PR menggandakan fitnah dan ugutan menumbangkan BN hanya kerana AES.
ReplyDeleteMereka seolah2 tidak mahu ada alat yang persis dan jitu dlm menangkap pesalah jalan raya yg semakin ganas dan zalim. Kematian dan kemalangan jalan raya yg tragis dan menakutkan sekian hari seolah-olah mahu dibiarkan dan jangan ambil apa2 tindakan.
Isu kelemahan serba sedikit AES boleh dibahas tp bukan menjadi Trojan Horse pembangkang mengajar dan mengajak rakyat UGUT Krjn dgn UNDI.
Ini suatu bentuk pmikiran bodoh dan samseng yang mahu menafikan Perlembangaan Undang2.
Saya harap ada kawalan terhadap bloggers Pro-BN yg semakin melampau dan seperti mahu sabotaj usaha baik ini dengan menfitnah dan mengapi2kan sentimen rakyat berkaitan WANG.
Mereka cuba wujudkan satu dokrtin Sosialis.. rakyat xboleh disentuh langsung.. dan rakyat yg jadi hakim walaupun itu jenayah.
Semoga Kerajaan jangan tunduk pada tekanan jahat ini dan teruskan ketegasan AES. Cuma pastikan jangan ada unsur pengainayaan. Difahamkan lokasi AES telah disenaraikan dan tidak ada alasan untuk mengatakan itu perangkap.
Pemuda Intelek.
gambar di atas sudah cukup membuktikan lokasi pemasangan kamera AES tersebut adalah tepat. Cukup merbahaya sehinggakan kamera itu sendiri menjadi mangsa langgar kenderaan yg terbabas. Sah kamera AES dipasang di lokasi yg menjadi hotspot kemalangan. Syabas kerajaan!
ReplyDeletemana pun pembangkang....bukan senang dengan apa org lain buat.....ia sama seperti org melayu berniaga sebelah kedai dia..mulalah nak dengki last sekali melakukan sihir agar perniagaan org tu melingkup...ini semua org tahu.....hahaha
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..