Tuesday, October 23, 2012

Anwar Kata @Khalid_Ibrahim MB Awesome? Hihi


Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.

Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN).


“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.

“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, kelmarin.

Ulasan :

Tapi macam mana pula tentang isu pemilikan BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT tu wahai Anwar Ibrahim & Khalid Ibrahim oit??

Tindakan Tan Sri yang seolah² cuba membuat bodoh akan pertanyaan tersebut telah mengundang rasa marah rakyat Selangor khususnya yang merasakan ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan milikan status bas ini.


Cuba kita tengok gambar di bawah ini.

Saya merasakan jika Khalid Ibrahim ingin terus menerajui kepimpinan negeri Selangor, maka sikap ketelusan mengenai sesuatu perkara perlu diperjelaskan secara baik dan terperinci. Lihat bagaimana kerajaan Persekutuan hari ini memperjelaskan kepada rakyat mengenai sesuatu perkara yang sengaja dilontarkan oleh Pembangkang dengan niat memburukkan reputasi Barisan Nasional (BN).

Berbalik kepada isu pemilik bas tersebut.


Dalam kenyataan yang disiarkan dalam akhbar SelangorKini (31 Ogos 2012 - 7 Sept 2012), Khalid menjelaskan bas ini disewa khas olehnya untuk kegunaan PR menjelang Pilihanraya Umum 13 akan datang. Khalid juga turut menegaskan membayar sewa bas tersebut menggunakan duit poketnya sendiri.


Baca di bawah ini.


Persoalan yang mudah untuk dilontarkan kepada Khalid Ibrahim. Mengapa keterangan dalam akhbar tidak sama seperti yang terdapat pada geran bas tersebut.

Saya mengandaikan jika seseorang ingin menyewa sesuatu kenderaan, sudah tentu namanya tidak akan ditukar pada geran kenderaan tersebut kerana ia sudah menyerupai seperti memiliki kenderaan itu atau dalam bahasa sekolahnya, membeli / memiliki kenderaan tersebut secara mutlak.

So seperti yang ditegaskan oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, beliau menggesa Menteri Besarnya supaya kelihatan lebih telus dan rakyat yakin dengan kerajaan Selangor.



Rakyat Selangor berhak membuat penilaian dengan ketelusan kerajaan Selangor hari ini. Mereka memperjuangkan kerajaan yang transparent tapi hakikat sebenarnya mereka sendiri dalam diam menyeludup kekayaan negeri tanpa disedari rakyat.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...