Full Width CSS

Apa Ni Chamil Waria, Lepas Tangan Pada Utusan


Nama Chamil Waria memang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia sasterawan wartawan. Beliau amat dikenali dalam dunia sastera tapi sayang seribu kali sayang dan malang bagi Utusan Malaysia yang cuba membawa artikel YB J telah menyebabkan akhbar nasional berbahasa Melayu ini dipersalahkan kerana didakwa sengaja mengubahsuai karangan Chamil.

Berikut artikel Politik Baru YB J di dalam dada akhbar Minggu Malaysia, 12 Oktober 2008.

PAGI itu resah YB Josephine, yang lebih mesra dengan panggilan YB J sukar dikawal. Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Cha di ibu kota, fikirannya terganggu. Tuduhan bahawa dia anti-Islam dan anti-Melayu sungguh-sungguh menghantui perasaannya sejak malam tadi lagi. Entah mengapa baru sekarang dia begitu, dia sendiri tidak tahu. Dia juga tidak pasti sama ada pemandunya, Ahmad, menyedari gelora jiwanya ketika itu. Kalau dia tahu pun, peduli apa, YB Josephine berbisik sendirian.

Pemandu itu memang sedia maklum pendirian politiknya tentang kepentingan kaumnya vis a vis orang Melayu. Dan dia tahu Ahmad menghormati pendiriannya, walaupun dilihat anti- Melayu, anti-Islam sebagai hak asasi tinggal dalam sebuah negara demokrasi. Bukankah kebebasan asasi itu dijamin oleh Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi YB J akui demokrasi ada yang tidak sempurna dan kerap disalahgunakan oleh pihak yang berkuasa. Tetapi hakikat itu tidak menghalang rakyat menempatkan pembangkang di Dewan Rakyat. YB Josephine adalah salah seorang daripadanya.

Ah, tudahan dia anti-Islam, anti-Melayu tuduhan yang melulu bentak YB J seolah-olah mahu menyedapkan dirinya.. Ia juga tuduhan yang tidak berasas, hati kecilnya bersuara lagi. Dia meyakinkan dirinya bahawa kenyataankenyataan yang dibuatnya atas nama pelbagai kaum untuk memperjuangkan kepentingan kaumnya, bukan sesuatu yang rasis. Amensty International, organisasi hak asasi antarabangsa akan menyetujuinya. Begitu juga dengan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ketua Pembangkang, di Parlimen pun tidak pernah menganggapnya rasis. Yang menganggapnya rasis hanya orang Melayu di dalam Parti Orang Melayu (POM).

“Aku juga bukan anti-Islam. Aku bukan anti Melayu,” pujuk hati YB J yang sudah dua penggal bergelar YB itu, mewakili Parti Bertindak Rakyat. Parti itu dianggotainya sejak berada di kampus lagi, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti melarang para siswa membabitkan diri secara langsung dalam mana-mana organisasi siasah. Lagi pun penguatkuasaan undang-undang itu sekadar melepas batuk di tangga. Lebih dari itu, ia adalah satu lagi undang-undang lapuk, kata YB J.

Kata hatinya lagi: “Aku sekadar memperjuangkan kepentingan kaum aku, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM memperjuangkan kepentingan bangsanya, sama seperti pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa menggunakan wajah Islamnya.”



Baca sepenuhnya di sini, buat apa letak panjang² kang penat nak scroll down.


Penafian demi penafian yang dilakukan oleh Chamil seperti yang dinyatakan oleh Malaysiakini keluaran 20 Oktober 2008.

Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila tahun silih berganti dan telah memaksa penulis cerpen kontroversi ini, Chamil membuat kenyataan terbuka sebanyak 4 muka surat kononnya Utusan Malaysia melalui Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd Noor bertanggungjawab telah mengubah dan menyunting artikel miliknya.

Wow suddenly pulak.

Disebabkan akan hal tersebut, Chamil dilihat seakan lepas tangan selepas diasak berulang kali oleh Teresa Kok dan akhirnya Chamil memohon maaf dan menuding sepenuhnya kesalahan tersebut pada Utusan. Tak pasal² Utusan kena jadi kambeng hitam memohon maaf pula pada Teresa Kok. Dah tu Teresa tidak minta apa² kos daripada Chamil sebaliknya Utusan diminta bayar RM50,000.

Sekali lagi tak pasal² Utusan yang dikenakan oleh Chamil.

Namun di sebalik kisah tersebut, tiada sesiapa pun yang ingin rungkaikan realiti sebenar yang terjadi kepada kes tersebut. Berikut saya print screen artikel yang dicoretkan oleh Ku Seman dalam blog nya kayangdailypost.


Boleh baca sepenuhnya di blog Ku Seman, klik sini.

Saya berpandangan, Chamil Wariya tidak berani mempertahankan diri sendiri dan artikel yang dikeluarkan tersebut. Sebaliknya menuding jari kepada Utusan apabila Teresa Kok menggertak mahu mengambil tindakan saman terhadapnya.

Amat malanglah apabila seorang yang begitu dihormati dalam dunia kewartawanan dan disanjung oleh dengan cerpen menariknya dan telah lama membina kerjayanya sendiri tapi akhirnya dimusnahkannya sendiri.

Sehingga ke hari ini, saya masih lagi tidak dapat memahami apakah yang menyebabkan DATUK Chamil Wariya memohon maaf kepada Teresa Kok?

Apakah CEO Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan merangkap bekas Ketua Bahagian Majalah Kumpulan Utusan ini seorang yang pengecut ataupun dalam bahasa lebih tepat sekali takda teloq bila berhadapan dengan kritikan seseorang yang bergelar YB J?

Ataupun ada sesuatu yang berlaku di sebalik semua ini antara Chamil dan YB J ??

Post a Comment

0 Comments