Monday, October 15, 2012

Kelayakan BR1M 2.0 #BNBagus #bn4wp


Kriteria Bantuan BR1M 2.0 Malaysia, yang mana golongan bujang puntak terlepas mendapat habuan sebanyak RM250 dalam BR1M 2.0 Kali ni, Peruntukkan Bantuan BR1M 2.0 Malaysia 2013 kali ini adalah sebanyak RM3 bilion.


Berikut syarat kelayakan BR1M 2.0 2013

Bujang (Terbaru BR1M Bajet 2013)
Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Isi Rumah
Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013
Cara Memohon Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013?

Mana-mana penerima bantuan BR1M Malaysia sebelum ini tidak perlu mendaftar kali kedua. Tetapi jikalau anda pemohon baru bantuan BR1M 2.0 2013 ini, apa yang perlu anda lakukan selepas ini adalah :

Mula mendaftar mulai November 2012 ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
Semasa datang mendaftar kelak, dokumen wajib yang perlu di bawa pastilah borang pendaftaran bantuan BR1M 2.0 Malaysia, Salinan Mykad/kad polis/kad tentera dan jika perlu bawa sekali salinan gaji anda. Itu sahaja.

Penerima bantuan e-Kasih juga layak menerima bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini.


Nampaknya sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak, ahli-ahli Parlimen akan kembali sibuk macam bantuan BR1M yang lepas sebelum ini untuk mula mengagihkan Bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini kepada penerima.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...