Thursday, October 11, 2012

Orang PAS Sokong Ust Nasha, Dah Boleh Angkat Kaki

Pas hari ini menegaskan pemimpin Umno dan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa boleh meneruskan kerjasama politik, jika itu yang diinginkan, tetapi tanpa kehadiran Pas.


Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Mr Bean berkata, Pas juga tidak mempunyai masalah sekiranya Umno mahu meneruskan perbincangan dengan Nasharudin, yang dilihat lebih dekat dengan parti teras Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Nasharudin, Ahli Parlimen juga tidak pernah membincangkan perkara tersebut dengan pemimpin-pemimpin Pas sebelum ini.

"Kita tak kisah, minta pemimpin Umno, bolehlah bekerjasama dengan dia(Nasharudin).

"Sebelum ini pun, dalam mesyuarat Majlis Syura, dia tak datang, dia tak pernah pun usulkan kepada kami, jadi Pas tak kisah kalau mereka (Umno-Nasharudin) nak teruskan pun," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini, di lobi Parlimen, di sini.

Kata Mahfuz, "selama ini pun dia sudah ada pakatan dengan Umno... jadi kalau dia hendak teruskan, itu pasal dialah."

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan Nasharudin yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah.

“Saya harap kepimpinan Pas dapat mengesahkan persetujuan mereka terhadap kenyataan Nasharudin ini,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh.

Justeru, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kedua-dua Umno dan Nasharudin boleh meneruskan perbincangan mereka tanpa Pas.

Kelmarin, Nasharudin dipetik berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan soal Islam di tempat kedua.

Kenyataan itu mendapat reaksi berbelah-bahagi di kalangan pemimpin kanan Pas.

1 comment:

  1. aku telah nampak tentera Ahzab sedang menyerang puak yang batil ini ... satu demi satu tentera Ahzab akan muncul dan akan berjuang memusnahkan kebatilan ... Alhamdullilah berkat doa pemimpin yang adil yang ada di dalam pas yang dengan teriak dan tangis memohon Allah menghantar tentera Ahzab memusnahkan kebatilan ... maka Allah pun menghantar tentera Ahzab dan menyerang mereka. Pun begitu mereka akan menyerang dan memusnahkan tentera Ahzab ini dan pastinya tentera Ahzab ini akan bergabung di luar kepompong agama pas dan sumpah baiah terbatal apabila mereka ditendang keluar dari agama pas ... dan bebaslah tentera Ahzab itu berjuang memusnahkan kebatilan ... ya Allah percepatkan musnahnya kebatilan itu ... amin ya Allah ...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...