Full Width CSS

#RapidKuantan Mula Operasi 1 Disember 2012, Janji Ditepati @ShahrilMokhtar

Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 mengumumkan pelancaran sistem pengangkutan RapidKuantan 1 Disember 2012 ini bagi menyediakan perkhidmatan bas berkualiti di Kuantan lanjutan kejayaan RapidKL dan RapidPenang


Kewujudan perkhidmatan RapidKuantan dengan kerjasama Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) itu dapat mengatasi masalah pengangkutan awam yang dihadapi penduduk Kuantan sejak sekian lama. 

RapidKuantan akan memulakan operasi pada 1 Disember 2012 dan memberi perkhidmatan kepada tiga laluan untuk peringkat permulaan seperti dinyatakan di bawah.

Laluan 1: Gambang (Kolej Komuniti) ke Terminal MakmurKekerapan : Minima15 minit
Jumlah bas : 14
Jangkaan Tempoh Perjalanan : 95 minit
Jarak : 49.4 km
Laluan : University Malaysia Pahang (UMP), Airport Kuantan, Taman Tas, Sg Isap, HTTA & Masjid Negeri

Laluan 2: Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak
Kekerapan : Minima 15 minit
Jumlah bas : 7
Jangkaan Tempoh Perjalanan : 46 minit
Jarak : 18.4 km
Laluan : Kompleks Penyayang, Taman Cenderawasih, Indera Mahkota 2, Terminal Makmur, Kolej IKIP/MRSM & Teluk Cempedak

Laluan 3: Kompleks Mahkamah ke POLISAS Semambu
Kekerapan : Minima 15 minit
Jumlah bas : 8
Jangkaan Tempoh Perjalanan : 52 minit.
Jarak : 21 km

Kekerapan setiap bas untuk waktu kemuncak 15 minit.

"Idea mewujudkan perkhidmatan RapidKuantan ini diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan satu perkhidmatan bas awam yang cekap dan selesa di bandar Kuantan ini. RapidKuantan juga mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan dengan kadar kekerapan 15 minit pada waktu puncak untuk ketiga-tiga laluan bas berkenaan,"
- Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang.

"Sebagai permulaan RapidKuantan akan beroperasi dari depoh sementara di Semambu untuk tempoh antara satu tahun setengah hingga dua tahun sementara menunggu depoh tetap di kawasan yang terletak antara Wisma Belia dan Kuantan Sentral. Untuk fasa pertama ini bas akan berhenti di 30 perhentian bas baharu dan 145 perhentian bas yang dibaik pulih atau hentian tiang bas," 
- Pengarah Urusan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar 

Misi RapidKuantan akan untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan bas awam yang efisyen; dan pendekatan yang akan digunakan adalah menggunakan modul yang Prasarana gunakan untuk RapidKL dan RapidPenang.


Tahniah buat penduduk Kuantan dan sekitarnya. Inilah yang dimahukan rakyat khususnya dalam penambahbaikan sistem pengangkutan awam yang sedia ada.

JANJI DITEPATI

Post a Comment

1 Comments

  1. Sekarang ni diKL dah ada bas free serta sudah beroperasi selama 1 bulan. iaitu laluan ulang alik daripada Pasar seni ke Bkt Bintang. kekerapan diwaktu puncak adalah 15 minit sebuah bas..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..