Sunday, October 7, 2012

SPRM Begitu Efisyen Siasat Orang Kerajaan Tapi Bila Terkena Pada Pembangkang, Teloq Hilang Ke Mana Tuihhh

Sekalung tahniah dan puji-pujian harus kita berikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang begitu pantas mengambil tindakan menyiasat majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka,Ali Rustam baru-baru ini yang tersenarai dalam Guniess Book Of Record kerna berjaya mengumpulkan kehadiran tetamu lebih daripada 130,000 orang.


Siasatan SPRM itu dibuat setelah Ketua Pemuda KeADILan,Shamsul Iskandar Akin membuat laporan kerana mendakwa kononnya ada unsur-unsur rasuah serta penyelewengan di sebalik majlis perkahwinan tersebut dan tidak sampai 24 jam,SPRM terus bertindak dan memanggil beberapa orang untuk dirakamkan kenyataan.Hebat SPRM!Cukup efisyen..!

Tapi malangnya SPRM tidak pula bertindak sepantas begini untuk menyiasat bila melibatkan kepimpinan pembangkang malah ada kalanya dilihat seperti sengaja melengah-lengahkan siasatannya dan berdolak dalik dengan seribu satu macam kenyataan serta alasan,

Lihat sahaja kes-kes penyelewengan yang berlaku di Selangor seperti isu Talam,isu pembelian bas oleh Khalid Ibrahim,isu pembelian lori sampah dan berbagai-bagai lagi dakwaan penyelwengan serta rasuah berlaku dalam kerajaan negeri Selangor,di mana peranan SPRM?

Seperti ada `double standard' antara siasatan bekas menteri Besar Selangor,Khir Toyo dengan Khalid Ibrahim,seperti mahu cepat memenjarakan MP Sabak Bernam bila mana SPRM bersungguh-sungguh menyelesaikan siasatan bagi menghukum kedua-dua pemimpin dari Selangor ini.

Majlis yang dikontraversikan oleh pembangkang!

Tidak termasuk lagi apa yang berlaku di Kelantan serta negeri-negeri lain yang dikuasai pembangkang,SPRM tidaklah seefisen seperti mengambil keputusan menyiasat majlis perkahwinan anak Ali Rustam ini?Atau sebahagian besar anggota SRM menjadi perkakas ataupun tali barut kepada pimpinan pembangkang?

Apakah ada juga dari kalangan mereka seperti yang didakwa oleh JMM menerima rasuah daripada George Soros untuk berada di dalam kerajaan ataupun Suruhanjaya bagi menikam serta mempercepatkan runtuhnya kerajaan Barisan Nasional?

Kadang-kadang kita seperti mahu meludah dengan melihat kejijikan proses tindakan SPRM ini terhadap tuduhan ataupun dakwaan yang melibatkan pembangkang dan adakah kerana mereka dilindungi oleh kuasa diRaja,mereka bebas untuk menyiasat sesiapa sahaja yang mereka benci?

Paling malang sekali bila mereka mendakwa pimpinan pembangkang,mereka sentiasa kalah tetapi melibatkan kepimpinan kerajaan,mereka sentiasa menang dan kalau kalah sekalipun mereka menggunakan usaha untuk merayu keputusan penghakiman tersebut dan dilihat berusaha untuk mencari jalan bagi mensabitkan juga kesalahan terhadap kepimpinan kerajaan ataupun penyokong-penyokong kerajaan.

Adakah SPRM ini sentiasa melihat pembangkang ini sebagai orang yang suci bersih dan kerajaan ataupun pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional itu buruk laku dengan penuh rasuah serta penyelewengan hingga menunggu masa yang begitu lama ataupun membiarkan sahaja pesalah daripada pembangkang lepas bebas?

Atau SPRM ini menjadi bacul hingga takut kepada laporan-laporan yang dibuat oleh pembangkang dan terpaksa menyiasat walaupun melibatkan majlis perkahwinan termasuklah pernah mereka dikatakan mahu menyiasat majlis pertunangan anak Perdana Menteri satu ketika dulu?

Tak sampai 24 jam laporan mamat ini disiasat!

Adakah SPRM mahu menafikan pendapatan yang diperolehi oleh Ketua Menteri Melaka itu yang berpenggal-pengal menjadi Ketua Menteri dan pernah menjadi Menteri kabinet dan adakah salah Ali Rustam menggunakan pendapatannya untuk majlis perkahwinan anaknya? Adakah mereka ini menganggap Ali Rustam itu sengkek dan tidak mampu berbelanja untuk majlis kahwin anaknya?

Atau adakah SPRM menjadi fobia apabila melibatkan perbelanjaan pemimpin-pemimpn kerajaan maka di dalamnya terus disyaki ada unsur-unsur rasuah serta penyelewengan dan inikah yang menjadi penanda aras kepada siasatan mereka hingga begitu terburu-buru menyiasat pemimpin-pemimpin kerajaan?

Kita bukan mahu mengkacau ganggu siasatan SPRM tetapi kita mahu keadilan dan kesamarataan dalam sistem siasatan.Sebagaimana mereka begitu pantas bertindak menyiasat pemimpin kerajaan,kita juga mahu mereka bertindak sepantas itu juga menyiasat serta mendakwa pemimpin-pemimpin pembangkang.

Banyak lagi isu negara yang lebih besar perlu campurtangan SPRM dan tindakan SPRM menyiasat Ali Rustam ini seperti berniat jahat dan mahu memalukan beliau dan paling membimbangkan kita apabila ada dakwaan yang mendedahkan bahawa sebahagian besar kakitangan SPRM ini lebih condong menyokong gerakan pembangkang daripada membawa aspirasi SPRM sebagai sebuah suruhanjaya bebas serta berintergeriti.

1 comment:

  1. • Tentang kesah ini sudah menjadi tajuk besar di dalam akhbar Singapura Straits Times pada hari Sabtu, 6 October. Di dalam television Channel news Asia pun terlayang teks membentangkan tajuk penyiasatan majlis perkahwinan anak MB YB D Ali Rustam.
    • Diwartakan oleh Teo Chong Wee, yang memang mengalu-alukan kesah rasuah Umno beliau ni senang sahaja memanaskan batu api akalnya untuk tatapan bacaan orang Singapura dan orang Malaysia yang tinggal di sini.
    • Mengikut TCW, YB D Ali Rustam telah memberitahu bahwa separuh perbelanjaan ditaja oleh beberapa syarikat yang telah mengiklankan product mereka di dalam buku souvenir pengantin. Kata MB lagi beliau akan menggunakan wang hadiah dari tetamu untuk menyelesaikan bayaran kepada kontraktor dan syarikat caterer. Belum pun diketahui sama ada kesah rasuah ini benar atau tidak kerana pembangkang memang terlalu taksub melemparkan fitnah. Dasar manusia jahat dan pengkhianat macam mana Malaysia boleh menjadi aman ?

    • Tetapi yang menggeramkan aku sebagai pembaca kenapa TCW ini tidak lupa asyik mengulang-ulangi kes rasuah yang sudah lalu bertalu-talu apabila dia menulis tentang kesah baru ini yang tiada kena mengena dengan kes yang lain. Inilah yang dikatakan wartawan ‘batu api’.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...