Full Width CSS

@Khalid_Ibrahim Tak Dapat Dikesan, Asyik BN Je Muncul #MPmalas


Ini yang bagusnya jika pemimpin itu datangnya dari kalangan rakyat sendiri. Sudah biasa merasai susah dan penderitaan masyarakat sekeliling. Bonus bagi rakyat dan pemimpin tersebut jika pemimpin itu merupakan anak jati kawasan tersebut. Beliau mengenali rakyat dan rakyat mengenali beliau secara peribadi.

Namun yang menjadi masalahnya apabila rakyat masih gagal mencari kesempurnaan dalam memilih wakil rakyat sendiri. Kesilapan² ini lah sebenarnya mengundang keralatan kelak apabila sesuatu perkara atau musibah melanda rakyat kelak.

Contoh di Perumahan Kos Rendah Taman Desa, Desa Petaling, sebuah kawasan yang terletak dalam Parlimen Bandar Tun Razak yang dikuasai oleh Parti Pakatan Rakyat (PKR), Khalid Ibrahim. Setelah 4 tahun, Khalid Ibrahim berjaya mengekalkan kuasanya di sini, namun tidak ada sekali pun kawasan ini diredahinya.

Kegagalan Khalid Ibrahim untuk turun ke kawasan ini berpunca dari kesilapan pemilih sendiri yang memangkah PKR pada PRU yang lepas kerana terikut² dengan tsunami politik tanah air ketika itu. Saya tak bercadang menyalahkan kesilapan tersebut kepada rakyat namun hari ini dan akan datang rakyat kena lebih terbuka melihat untung nasib mereka pada masa akan datang.

Mungkin sudah loya dan muak, bukan saja dengan bau sampah yang mengganggu penduduk tapi dengan tindakan Khalid Ibrahim yang terus diam membisu apabila permasalah ini diutarakan. Penduduk kawasan tersebut sepakat mengutarakan permasalahan ini kepada Barisan Nasional (BN), Bandar Tun Razak.


Atas usaha pemimpin BN di sini, permasalahan penduduk dapat diselesaikan secara berperingkat² dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora). Kelmarin, Alam Flora menyumbang sebanyak 50 buah tong sampah kepada penduduk perumahan di sini. 

Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, sumbangan itu merupakan inisiatif pihaknya selepas mendapat maklumat dan aduan berhubung ketiadaan tong sampah di perumahan itu.


"Kawasan ini memiliki 21 blok dengan penghuninya dianggarkan kira-kira 5,000 orang, tetapi tahap kebersihannya kurang memuaskan tambahan pula keadaan bangunan yang sudah usang dan uzur,"
- Datuk Rizalman Mokhtar

Ini bagusnya apabila BN menerajui sesuatu kawasan. BN punyai komponen parti yang memahami dan saling menyokong antara satu sama lain. Jika UMNO tiada di kawasan tersebut, MCA boleh turun membantu, Gerakan, MIC dan PPP juga saling berganding bahu demi kesejahteraan rakyat.

Jika PR terus mengekalkan kuasa di sini, mungkin penduduk di sini akan ditimbuni sampah sarap yang melambak². Semakin sengsara penduduk Bandar Tun Razak khususnya.

Transformasi undi perlu dilakukan agar rakyat yang tidak bersalah, tidak akan merasa teraniaya dengan janji² manis Pakatan kelak. Undi demi masa depan bukannya undi demi orang gila kuasa.




* Khalid Ibrahim Ditawarkan Atau Dikorbankan Di Bandar Tun Razak, klik sini.

Post a Comment

0 Comments