Thursday, November 8, 2012

@RapidKuantan Universally Accessible Bas Untuk Semua @ShahrilMokhtar @phgkutwtup @NajibRazak

Saya berkesempatan meninjau ke dalam bas ini dan sangat berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan terutamanya untuk penumpang kelainan upaya (OKU).

Boleh dikatakan juga ke semua bas RapidKuantan sebenarnya boleh dianggap sebagai Universally Accessible Bus. Dalam bahasa yang senang difahami, ia sebuah bas yang mesra untuk semua peringkat golongan.



Apa yang menariknya, bas ini tidak mempunyai tangga dan boleh direndahkan ketinggiannya untuk kemudahan golongan OKU dan kanak² menggunakan ramp untuk laluan wheelchair yang dibuka secara manual oleh pemandunya jika memerlukan.

Bagaimana pemandu bas membezakan penumpang OKU dan penumpang biasa?

Di dalam bas tersebut, terdapat 2 jenis loceng untuk ditekan. Warna merah biasanya untuk penumpang normal manakala warna biru pula digunakan oleh penumpang OKU dan ianya terletak di tempat khas OKU. Kedua² bunyi memang berbeza dan ia secara tidak langsung memberi alert kepada pemandu.

Ini sesuatu yang ditambahbaik dalam perkhidmatan bas demi keselesaan rakyat. Ciri-ciri lain yang terdapat di dalam bas ini juga telah ditambah selian iaitu dengan adanya Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan butang-butang kecemasan yang melibatkan jenayah ataupun keadaan yang tidak diingini berlaku di dalam bas.


Pandangan saya, ini merupakan satu bentuk sistem yang bertujuan baik untuk penumpang. Keselamatan penumpang tidak diabaikan dan CCTV ini mungkin berperanan sebagai alat rakaman membantu pihak berkuasa mengatasi jenayah di dalam bas seperti seluk sapu, gangguan seksual dan pelbagai lagi bentuk jenayah yang boleh dicipta di dalam bas.


Namun apa yang belum dipastikan sehingga hari ini ialah harga tiket untuk penumpang. Adakah ia masih standard rate seperti di Kuala Lumpur dan Penang ataupun jauh lebih murah?

Menurut Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Operasi Bas) Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (Rapid) Bhd, Saudara Azam Omar, harga tiket akan ditentukan dan diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) nanti.

Kemunculan RapidKuantan sebenarnya dilihat sebagai satu langkah positif untuk penduduk dan sesiapa saja di sana. Mungkin bagi para pelajar dan golongan berpendapatan sederhana, inilah berita gembira buat mereka yang selama ini bergantung harap kepada teksi ataupun teksi sapu saja jika nak ke mana-mana.

Hari ini RapidKuantan diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi hasrat kebanyakan pelajar yang menuntut ilmu di sekitar Kuantan bagi meringankan beban mereka mendapatkan perkhidmatan awam di sini.

Waktu operasi dikhabarkan akan bermula jam 6 pagi dan akan tamat sekitar jam 1130 malam tetapi semuanya bergantung kepada pattern permintaan pengguna itu sendiri dan untuk permulaan, kajian sikap akan dilakukan oleh badan pemantau RapidKuantan agar khidmat yang bakal disediakan nanti menepati kehendak penduduk.

All the best RapidKuantan !

1 comment:

  1. Alhamdulillah dah ada bas sebegini di Malaysia..
    Untuk pengetahuan penulis, bas jenis ini sudah ada di merata negara di Eropah terutamanya lebih 8 tahun lalu..saya pernah tinggal di Jerman dan sistem ini sangat memudahkan pengguna juga OKU..tinggal lagi ketepatan masa mengambil penumpang itu perlu diperbaiki..Namun disana juga ada bas yang bersendi, yakni ada dua badan, maka penumpang boleh berganda untuk sekali perjalanan..dan mungkin ia belum lagi praktikal di sini..tahniah untuk saudara penulis akan berita ini..wassalam

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...