Wow..
Dari mana sumber Teresa Kok mendapat dokumen sulit tersebut?
Adakah beliau mendapatkannya dengan membeli dokumen tersebut atau terjumpa di tepi jalan raya?
Disebabkan terlalu merasakan dirinya begitu hebat kerana memiliki dokumen sulit BN, maka beliau dengan bangga dirinya telah membuat sidang media yang menunjukkan keangkuhan peribadinya.
Saya berminat nak tau dari manakah sumber Teresa Kok memiliki dokumen tersebut tapi biarkanlah orang lain investigate siapa dalang ataupun parasit di dalam BN.
So soalnya di sini, selaku rakyat Malaysia, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, seharusnya dokumen sulit tersebut tidak boleh dimiliki oleh orang yang tidak berkenaan.
Perbuatan Teresa Kok ini umpama mengambil barang milik orang lain tanpa kebenaran dan boleh didakwa oleh pihak berkuasa atas kesalahan tersebut.
Mungkin juga Teresa Kok boleh diklasifikasikan sebagai seorang pencuri yang memiliki barangan orang lain.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..