Friday, December 14, 2012

Bah.2 : Bukti Kerajaan Memang Alert Akan Nasib Orang Tiada Taraf Warganegara @NajibRazak #1Malaysia #JanjiDitepati #TolakFitnah

Kejadian semalam yang berlaku di Kompleks Kerajaan, Putrajaya amat memalukan. Walhal perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi kerana pada pengamatan saya, kedua² pihak sudah jelas mengenai status tersebut.

Di bawah  ini artikel saya pada bulan Februari 2012 yang lepas.


Kempen MyDaftar di sembilan negeri yang berjaya meluluskan 5,593 permohonan pengenalan diri dan 4,023 permohonan kewarganegaraan dalam tempoh kurang setahun membuktikan kerajaan tidak menabur janji kosong kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kempen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF), yang berjaya menarik minat 15,000 orang, sebahagian besarnya keturunan India adalah satu rekod yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, baki kira-kira 3,900 permohonan yang sudah diproses tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab, termasuk kekurangan maklumat.

“Saya menggesa KDN, SITF dan pihak yang terbabit untuk terus membantu menyelesaikan permohonan supaya kelulusan dapat diberikan kepada semua pemohon yang layak,”
- Najib Tun Razak

Kempen yang dilaksanakan selama lapan hari bermula 19 Februari tahun lalu itu adalah antara inisiatif kerajaan bagi membantu menangani masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri masyarakat keturunan India, yang selama ini menyukarkan pemohon mengakses perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kerajaan. 


Ia dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. SITF melawat dan membuka kaunter di hampir semua lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk India dengan memahami dan menyelesaikan masalah mereka. Permohonan yang diterima membabitkan masalah kewarganegaraan, daftar lewat kelahiran, pindaan butiran sijil kelahiran, anak angkat, pendaftaran perkahwinan dan kad pengenalan.

Perdana Menteri berkata, dengan dokumen pengenalan diri, mereka kini dapat mengakses perkhidmatan dan kemudahan kerajaan, termasuk dalam sektor pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

“Pemohon yang berjaya juga layak mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekali gus mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara. Keadaan ini cukup bermakna kerana ia berbeza dengan dunia tanpa status sebagai warga negara,”
- Najib Tun Razak

Najib juga berkata, kempen MyDaftar berjaya mencipta sejarah sebagai satu pendekatan berpaksikan konsep turun padang oleh agensi kerajaan menemui masyarakat India.


Boleh refer di artikel 1 & artikel 2.

Desakan dan tohmahan Pembangkang yang mengatakan kerajaan tidak alert akan permasalahan ini merupakan satu fitnah yang besar. Program di atas diadakan pada 14 Februari 2012 di Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak menerusi program kempen MyDaftar.

Untuk rekod selepas daripada program di atas ini. Bermula May sehingga Ogos, sebanyak 9,529 permohonan diterima daripada masyarakat India. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,527 permohonan melibatkan status warganegara dan selebihnya berkenaan sijil kelahiran, pendaftaran perkahwinan dan masalah kad pengenalan.


Sambungan bahagian III


Bah. 1 : Siapa Puak Kurang Ajar Yang Benarkan Perdana Menteri Malaysia Dihina, klik sini.

1 comment:

  1. Tettett... tetteett... sms...

    “To all Indian National from India. Don’t miss this opportunity. U can get Malaysian citizenship. Malaysian government giving u a chance now. Please go and register at Jabatan Pendaftaran Negara (NRD), Putrajaya on 12-12-12 at 10am. Please pass a word to all our Indians friends.”

    Patut la ramai paria-paria yang datang, import dari India rupenye.... Kah kah kah kah kah.... memang celako punye pemimpin fuckatan...!!!!!!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...