Friday, December 7, 2012

MB Pahang Bawak Bas #RapidKuantan

Apa kehenya Menter Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memandu bas RapidKuantan pada majlis pelancarannya pada 1 Disember 2012 yang lepas.

Buat para pembaca, jangan terkejut pula. Menteri Besar Pahang ni sebenarnya sudah memiliki lesen memandu bas. Syarat untuk melayakkan beliau  memandu bas sudah dilepasi cumanya yang pasti Datuk Seri Adnan takkan memandu bas untuk tempoh yang lama kerana tugas sebagai Menteri Besar Pahang memerlukan komitmen yang sangat tinggi demi kesejahteraan rakyat Pahang terutamanya.


Penyediaan perkhidmatan bas Rapid Kuantan yang dikendalikan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) adalah bertujuan membantu rakyat menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih cekap.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Rapid Kuantan diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semata-mata untuk kemudahan rakyat.

"Pengangkutan bukan satu perniagaan yang menguntungkan, tetapi kita tetap komited menyediakan perkhidmatan ini untuk membantu rakyat.

"Laluan Rapid Kuantan dari arah Kompleks Mahkamah ke Semambu tidak begitu menguntungkan, tetapi laluan dari Gambang ke Terminal Makmur dan laluan Indera Mahkota ke Teluk Chempedak boleh menyumbang kepada tanggungan kos operasi," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Rapid Kuantan di sini, hari ini.

Adnan yang mempunyai lesen memandu bas turut memandu sendiri bas Rapid Kuantan ke beberapa laluan yang turut dinaiki oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang serta orang ramai.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPNB, Datuk Shahril Mokhtar berkata, pihaknya mengambil masa dua bulan untuk melakukan persiapan Rapid Kuantan di sini.

"Pada Jun tahun depan kita akan menambah laluan perkhidmatan dan juga bilangan bas supaya penduduk di sini merasai perubahan sistem pengangkutan," katanya.
Sebanyak 32 buah bas mula beroperasi pada 1 Disember lalu meliputi tiga laluan utama bagi menyediakan perkhidmatan kepada kira-kira 500,000 penduduk bandar ini.

1 comment:

  1. Salam, syabas MB Pahang.. cayalah leh drive bas panjang.. jiwa rakyat marhein..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...