Monday, December 31, 2012

@ngehkooham Mahu Cetuskan Tragedi Seperti 13 Mei? #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah



Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan semakin melampau dan langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam berikutan tindakannya menyamakan al-Quran dengan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan Koo Ham itu juga sengaja mahu mencabar maruah dan kesabaran umat Islam di negara ini di samping menyokong prinsip pluralisme.


"Apa yang dia (Koo Ham) faham tentang Islam dan al-Quran? Bagaimana dia boleh menyamakan al-Quran dengan Bible sedangkan dia sendiri tidak mendalami mahupun mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan sehariannya," katanya Fathul Bari.

Dalam laman sosial Twitter kelmarin, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi:

 “Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God"
(Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)

1 comment:

  1. jangan biarkan bible itu di tralate ke bahasa melayu....nanti ramai pulak org melayu baca

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...