Full Width CSS

Travel Agency Minta Jemaah Doakan Kehancuran UMNO & BN ?? #TolakPR @NajibRazak

Pertama kali nya sebelum saya meneruskan menulis artikel ini, marilah kita bersama-sama beristighfar kepada Allah dan renungkan kembali apakah segala kebaikan & pahala yang kita miliki hari ini cukup untuk dijadikan bekalan pada hari Akhirat nanti.

Alhamdulillah

Saya terbaca dengan sebuah posting daripada seorang kenalan yang terkejut dengan doa yang dibacakan oleh adik kepada Menteri Besar Kelate, Nik Ajis pada sembahyang hajat tumbangkan UMNO untuk ke Putrajaya.


Kenalan saya ini tidak berpihak ke mana-mana parti baik BN ataupun PR. Boleh dikatakan beliau merupakan pengundi atas pagar. Beliau sendiri hairan melihat gelagat PAS yang terlalu terdesak sehingga terpaksa berdoa kehancuran UMNO dan BN pada PRU akan akan datang.

Namun sesuatu yang menarik saya temui pada ruangan komen status Facebook beliau. Lihat di bawah,



Menarik bukan apa yang disampaikan oleh seorang sahabat tersebut.

Ini perkara yang membimbangkan saya dan seluruh umat Islam di negara ini. Bukan kerana UMNO & BN yang bakal ditumbangkan tetapi adakah ibadah jemaah yang mengumpulkan duit ribuan ringgit dan terpaksa meninggalkan sanak saudara di kampung untuk mengerjakan ibadah Umrah semata-mata terpaksa mendoakan kehancuran UMNO & BN bakal diterima Allah?

Saya percaya, dalam kalangan jemaah tersebut ada yang terpaksa berdoa ataupun mengaminkan doa tersebut kerana kurangnya ilmu agama mengenai perihal demikian. 

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud, 

“dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa : Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”  - ( al-Hasyr : 10).

Bila hal ini terjadi, saya dapat membayangkan jemaah-jemaah ini merasa teraniaya dengan sikap Travel Agency yang mementingkan politik berbanding urusan agama kerana Allah S.W.T. Adakah para jemaah terbabit mahu dilibatkan bersama dalam sekelompok manusia yang bertopengkan Islam tetapi berTuhankan nafsu LGBT?

Saya pasti tiada seorang pun kalangan jemaah tersebut yang berniat demikian ketika berangkat ke Tanah Suci namun hasrat mulia mereka telah DISABOTAJ oleh 'syaitan-syaitan' yang senantiasa ingin melihat umat Islam terpesong daripada akidah dan akhlak sebagai seorang Muslim.

Pihak berkuasa dan terbabit diminta untuk menyiasat dan memandang rapi segala perkembangan jemaah yang mengerjakan ibadah di Tanah Suci. Pantauan perlu dilakukan oleh pihak terlibat bagi mengelakkan ianya lebih meruncing teruk pada masa akan datang.

Andai jika hal sebegini berlarutan, ia pasti akan mengungkis sedikit demi sedikit moral umat Islam terutamanya dari Malaysia yang lebih gemarkan politik berbanding ibadah kepada Allah Taala.

Kita tidak mahu kejadian seperti Bersih 3.0 berulang kembali di Tanah Suci yang mana telah menyebabkan kerajaan Arab Saudi membekukan visa jemaah Haji pada musim Haji yang lepas. Rekod kerajaan Malaysia & Arab Saudi memang pada tahap terbaik sehingga hari ini. Janganlah dek kerana rasukan dan dorongan nafsu kuasa ke Putrajaya, Islam digadaikan. 


Pantau Sebelum Merebak

Post a Comment

0 Comments