Sudah 2 minggu masalah air melanda penduduk di sini. Ramai ibu bapa mengeluh, masalah bermula pada awal musim persekolahan dan perkara ini menyukarkan urusan mereka sehingga ke hari ini.
Permasalahan air di Bandar Tun Razak seakan² tiada berkesudahan. Penduduk sudah mulai bosan dengan sandiwara Ahli Parlimen yang gagal membantu penduduk di sini.
Kegagalan Khalid Ibrahim untuk turun membantu penduduk di sini amat mengecewakan apatah lagi lori yang membawa muatan air sering tidak mencukupi. Air hanya boleh bertahan sekitar 2 hingga 3 jam sahaja.
Kebimbangan ini membuatkan kalangan mereka yang pulang lewat bekerja menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air yang kerap berkurangan dalam tangki catuan penduduk.
Sudahlah air tidak mencukupi, Khalid Ibrahim bermain tarik tali dengan penduduk dengan hanya menghantar bekalan air kepada penduduk yang benar² menyokong parti politik mereka saja. Dalam hal ini, ramai penduduk ternyata kecewa akan hal yang terjadi.
Agihkan Air Pun Pilih Bulu
Rakyat Nilaikan
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..