Full Width CSS

Tolak Pemikiran Ekstremis @NajibRazak #1Malaysia #SeminarNusantaraKL



Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh umat Islam di negara ini menolak model pemikiran ekstremis parti politik tertentu seperti sanggup mengkafirkan insan seagama dan mengeluarkan pelbagai amanat yang membawa perpecahan.

Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata, pendekatan liberalisme dan keterbukaan tanpa batas yang kini diperjuangkan golongan tertentu perlu ditentang kerana boleh memberi masalah kepada interpretasi dan syiar Islam.

Sebaliknya menurut beliau, umat Islam di negara ini perlu menghayati dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang menjadi model pemikiran kerajaan dalam mendepani cabaran mendatang.



Menurutnya, Malaysia sejak 80-an lagi sudah diancam politik ekstremis berikutan parti politik tertentu sanggup mengkafirkan pihak lain dan mengeluarkan pelbagai amanat semata-mata mahu meletakkan mereka di puncak kuasa.

"Mereka menggunakan agama untuk menampilkan diri kononnya sebagai kumpulan paling makmum, bersih dan diredai Allah. Bagi mereka, keahlian politik boleh mengesah tiket sama ada mahu ke syurga atau neraka.

"Kerajaan pula digambar dalam keadaan paling buruk seperti 'maha zalim', 'maha firaun', kafir zalim dan rasuah," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Nusantara-Islam di Asia Tenggara: Cabaran dan Harapan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu Najib berkata, pendekatan wasatiyyah merupakan model kecemerlangan yang terbukti kerana banyak kerajaan Islam sebelum ini terutama di Asia Tenggara mencapai kegemilangan melalui konsep tersebut.

Berhubung seminar berkenaan beliau berkata, rantau Asia Tenggara mempunyai potensi sangat besar dan luas menjadi pemangkin kepada kegemilangan Islam tetapi memerlukan pendekatan kolektif semua pihak.

Jelas beliau, untuk mencapai kegemilangan itu semua pihak perlu bersungguh-sungguh mewujudkan masyarakat Islam yang celik pengetahuan dengan menggabungkan ilmu wahyu dan ilmu-ilmu baharu.

Post a Comment

0 Comments