Full Width CSS

UMNO Sudah Bersiap Sedia Tawan Kelantan #1Malaysia

UMNO Kelantan sudah mengambil tindakan susulan bagi 'merealsasikan' 7 projek utama yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak ketika lawatan ke Kelantan baru-baru ini. Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustafa Mohammad berkata antara tindakan awal dilakukan ialah mengenal pasti tapak untuk pembinaan projek perumahan rakyat dan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).



"Beberapa janji dibuat Perdana Menteri sudah pun kita mula ambil tindakan umpamanya tapak untuk membina 1,000 rumah rakyat membabitkan 2.4 hektar tanah telah dikenal pasti termasuk peruntukan dan insya-Allah akan dilaksanakan.

"Untuk UiTM pula, 5.6 hektar sudah pun ada tanahnya dan sedang dirunding harganya dengan tuan tanah tersebut, jadi tindakan sudah diambil," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Lanas semalam.
Perdana Menteri semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Jan lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan.

Antara janji itu adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu].

Post a Comment

2 Comments

  1. hope to see change for the better in K'tan. Amin!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Kelantan,tk payah mimpi le UMNO nk dpt.Baik le tumpukan di Perak yg cukup jelas akn terlepas dr tangan UMNO.UMNO cuma blh berangan je le nk dpt Kelantan.Lebuhraya Kuala Krai,dh bertahun di janji kn.Kali ni berjanji lg.Knp Najib berjanji lg?Krn pemimpin UMNO berjanji dgn apa yg terlintas di kpala mereka pd masa itu sja,bkn ny ada perancangan pun.Sebab itu lh mereka lupa yg mereka pernah berjanji tntang perkara yg sama.

      Delete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..