Full Width CSS

Waspada Gelombang Negatif Menjelang PRU13 #1Malaysia #TolakPR


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta rakyat supaya berwaspada dengan apa yang disifatkannya sebagai "gelombang negatif" pihak tertentu menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, menerusi gelombang negatif ini, pihak-pihak terbabit akan menyebarkan pelbagai jenis fitnah dan penipuan, bertujuan memporak-perandakan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Saya berharap rakyat tidak akan terpengaruh dengan gelombang negatif ini yang penuh dengan penyebaran fitnah dan penipuan, kerana ia bertujuan untuk menghancurkan apa yang telah dibina oleh kita selama ini," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri mesyuarat penyelarasan Barisan Nasional (BN) Parlimen Semberong di pejabat MCA Bahagian Paloh di sini, hari ini. 

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno dan Ahli Parlimen Semberong juga meminta masyarakat supaya berwaspada dengan kunjungan ke rumah oleh pihak-pihak tertentu bertujuan menyebar agenda negatif.

"Pada saat-saat akhir ini, banyak pihak yang kita tidak kenal akan melawat rumah-rumah kita. Saya berharap rakyat akan berwaspada dengan mereka," katanya.

Beliau juga berkata, banyak isu akan sengaja ditimbulkan pada saat-saat akhir ini termasuk yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum, semata-mata untuk menyalahkan kerajaan.

"Isu-isu berkait dengan agama dan kaum akan diperbesar-besarkan untuk melaga-lagakan sesama kita. Ia juga berkemungkinan sengaja ditimbulkan untuk menyalahkan kerajaan," katanya.
Katanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak jika ia menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Hishammuddin berkata, kementeriannya menerusi Pemuda KDN yang mempunyai 1.1 juta anggota akan berusaha menangkis gelombang negatif yang cuba dibawa pihak terbabit.

Pemuda KDN, katanya, akan turun ke bawah untuk menerapkan gelombang positif seperti aspek-aspek semangat kesukarelawan dan menganjurkan kegiatan gotong-royong antara pemimpin serta masyarakat.

Post a Comment

1 Comments

  1. entahlah, aku terasa malu membaca artikel pasal mamat nih. kalau dah tahu fitnah, kenapa tak diambil tindakan sebelum melarat? kalau tak dibendung, pehak pembangkang akan spin cerita yang sama setiap hari dan lama kelamaan fitnah tuh dah jadi bukan fitnah lagi. rakyat akan percaya pulak dan benci kepada kerajaan. apa citer nih, asyik nak peringat jer dan serahkan kepada rakyat, bungkuslah ................

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..