Full Width CSS

@NajibRazak Tandatangan Pengisytiharan Umum Banteras Rasuah PRU13 Tapi Pemimpin PR Berani? #1Malaysia #TolakPR


Datuk Seri Najib Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya bersama Trasparency International Malaysia sebagai pengisyitiharan umum dan menunjukkan komitmen untuk membanteras rasuah pada Pilihan Raya Umum (PRU-13).

Ikrar kemudian diserahkan kepada Presiden Transperancy International (TI) Malaysia, Datuk Paul Low.

Ikrar Integriti adalah komitmen individu dan setakat ini 20 individu sudah menandatanginya melalui Transparency International Malaysia.Turut hadir menyaksikan majlis menandatangi ikrar utu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan beberapa pemimpin parti komponen Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Majlis itu juga adalah simbolik dan semua calon BN yang akan bertanding perlu menandatangani ikrar berkenaan.



''Apabila nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 diumumkan, saya akan pastikan mereka menandatangani ikrar tersebut.

''Calon-calon dari parti komponen BN sudah melalui proses saringan SPRM dan adalah sesuai untuk mereka mengambil komitmen menandatangani ikrar integriti untuk pilihan raya yang bersih dan adil," katanya di sini.

Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab memenuhi ikrar tersebut terletak di atas bahu mereka yang telah menurunkan tandatangan.

''Dan adalah menjadi hak rakyat untuk memastikan wakil rakyat terbabit berpegang kepada akujanji yang telah dibuat, justeru itu, marilah kita bekerjasama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya.

Maklumat terperinci berhubung akujanji itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang TI-M. Orang ramai akan bertanggungjawab menjadi mata dan telinga untuk memantau kepatuhan wakil rakyat masing-masing memenuhi piawaian itu.

Maklum balas boleh disalurkan menerusi akaun Facebook calon atau Twitter wakil rakyat terbabit.

Ikrar Integriti yang digerakkan TI-M adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada PRU kelak.

Antara lain calon akan berikrar mengangkat integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti di peringkat negeri dan persekutuan serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Post a Comment

2 Comments

  1. nampak cam goblog gak
    wallahi

    ReplyDelete
  2. ikrar tak der integriti
    cuba lihat sini

    http://faqar.blogspot.com/2013/02/najib-ikrar-integriti-pru13-tanpa.html

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..