Full Width CSS

Sudah-Sudahlah Tu @n_izzah Jangan Meroyan Lebih Sangat Kang Terselak Kain #puiii


Kesiannya sampai begitu sekali kejamnya Raja Nong Chik buat pada Nurul Izzah.

Tapi kenapa pula budak ni kata hak selaku Wakil Rakyat Lembah Pantai dinafikan? Sedangkan Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen di kawasan tersebut. Puas saya dok pikiaq dan akhir sekali saya dapat jawapannya mengapa.

Semakin dekat pilihanraya ini tiba-tiba banyak pulak hal di Lembah Pantai dengar sememangnya anak Anwar ni teruja sangat nak menjatuhkan kredibilit Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik. Habislah dikorek balik segala apa yang boleh dibuat fitnah untuk memburukkan Raja Nong Chik di Lembah Pantai, tak betul dan tipu pun tak apa, janji boleh fitnah dan janji popular dan tagih simpati cam kes tahun 1998 dulu.

Mujurlah mato-mato liar Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai yang agak malas bekerja tapi bila dengar cerita fitnah kering macam ni terus cergas cari fakta sahih demi ingin memberikan info dan fakta sebenar berkenaan isu semasa.

Terkini Nurul Izzah menuduh yang KONONNYA Persatuan Penduduk Putra Ria nak buat Program tetapi peruntukan (bajet) untuk Persatuan Penduduk Putra Ria telah digunapakai untuk 2 program, iaitu 1 program Maulidur Rasul dan 1 lagi program Raja Nong Chik yang dianjurkan cawangan UMNO setempat.

Dan tuduhan ini disiarkan besar-besar dalam Malaysiakini, portal utama pembangkang di bawah tajuk (terjemahan) "Dana untuk penduduk perumahan digunakan untuk menjamu Menteri".

Objektif fitnah ialah menunjukkan pada orang ramai kononnya Raja Nong Chik dan UMNO Lembah Pantai ni zalim, ambil duit Persatuan Penduduk buat program sendiri.

Kenyataan akhbar ini dibuat di Bangsar pada 17 Februari dan dilaporkan oleh Malaysiakini pada 17 Februari juga.

Mari kita tengok satu-satu perkara yang dibangkitkan Nurul Izzah dan Malaysiakini. Kita tengok macam mana licik Ahli Parlimen Lembah Pantai ni putar alam, tak buat kerja dan terang-terang bangang tak boleh diajar!

Mula-mula saya siarkan semula artikel Malaysiakini:-

'Funds for housing residents used to fete minister'Aidila Razak
2:13PM Feb 17, 2012

Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar today claimed that Dewan Bandaraya Kuala Lumpur’s (DBKL) funds allocated for public housing residents’ association activities last year were used up for events involving the minister of federal territories and urban well-being.

At a press conference in Bangsar today, Nurul Izzah (right) said her constituents have complained of being turned down by DBKL and told that the money had gone to “Raja Nong Chik’s (Zainal Abidin) programme”.

“When they called DBKL to use their allocation, they were told that it was used for a programme organised by Umno which invited the minister.

“But when we brought this matter up with DBKL, the mayor said that we have to bring the matter up to the ministry as he is only a civil servant,” she added.

No money left for resident association

Confirming this, Apartment Sri Putra resident association (RA) committee member Abdul Rahim Mohd Noor said a fire prevention programme planned for April 2011 was aborted for this reason.

“When we called the DBKL, an official said the allocation was used for two programmes (including) a ‘Raja Nong Chik (left) with locals’ event organised by the local Umno branch,” he said.

Abdul Rahim claimed the DBKL officer told him that the remainder portion of the RM10,000 in-kind assistance allocated for the RA was used for a maulidur rasul event organised by the local surau committee.

He said DBKL allocated a certain amount each year for RA activities, which is provided in the form of logistics and food.

Abdul Rahim added that this year’s allocation has been reduced to RM7,000 but the RA has yet to make any request.

Other MPs in Kuala Lumpur contacted by Malaysiakini said they have not received similar complaints.

The portal also tried to contact the relevant DBKL department by telephone and email for comments but has yet to receive any.

---------------------------

Fitnah #1:
Nurul menuduh kononnya bajet Persatuan Penduduk Apt Putra Ria berjumlah RM10,000 dari DBKL telah dipakai untuk program.

Siasatan Berita Lembah Pantai #1:
Sebenarnya tidak wujud apa yang dikatakan bajet Persatuan Penduduk Apt Putra Ria sebanyak RM10,000 ataupun apa-apa bajet khas Persatuan Penduduk seluruh KL dari DBKL. Polisi DBKL ialah memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 setahun kepada mana-mana Persatuan Penduduk di KL yang berdaftar dgn ROS dan layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh DBKL.

Jika RM5,000 setahun ini sudah habis digunakan bagi tujuan aktiviti Persatuan maka Persatuan Penduduk itu tadi boleh memohon bantuan sumbangan sosial ini pada bila-bila masa berdasarkan Program yang ingin dijalankan. Sama ada beri atau tidak, tertakluk kepada pertimbangan oleh DBKL.

Selain Persatuan Penduduk, mana-mana NGO yang mengendalikan program sosial setempat juga layak menerima bantuan program, selalunya dalam bentuk logistik macam khemah, kerusi meja, sistem PA dan sebagainya.

Contohnya, jika di Apartmen Putra Ria ada Persatuan Rukun Tetangga Putra Ria, atau Persatuan Ibu Tunggal Putra Ria, atau Persatuan Penjaja Sikh Putra Ria, atau Jawatankuasa Surau Putra Ria atau apapun NGO yang ingin buat program sosial setempat, maka mereka boleh pohon bantuan sumbangan sosial ini.

Jadi tidak timbul soal bajet RM10,000, atau soal bajet habis digunakan untuk aktiviti lain, dan sebagainya. Mana datang nya jumlah RM10,000 ni dalam kepala benak Nurul Izzah?

Jelas tuduhan ini hanya menunjukkan yang Nurul Izzah sama ada sengaja menipu untuk memfitnah Raja Nong Chik dan UMNO Lembah Pantai, atau pun Nurul Izzah memang tak tahu langsung polisi DBKL ini atau Nurul Izzah ni memang manusia yang tidak buat 'homework' dan suka 'bawa mulut' atau meroyan tidak tentu hala.Persoalannya, takkan lah dah 3 tahun jadi Ahli Parlimen benda asas ini pun tak tahu lagi.

Dan satu lagi, Malaysiakini pun tak tahu? Main publish je? malu lah sikit Malaysiakini. Kita yang di Berita Lembah Pantai ni yang setakat bajet belanja wartawan nasi lemak kat Warung Rindu pun boleh tahu, takkan lah Malaysiakini tak boleh tahu? Appa dah. Nampak sangat Malaysiakini kena tukar nama kepada MalaysiaTAKkini lagi dah....

Fitnah #2:
Kononnya bajet telah digunakan untuk Program Raja Nong Chik, dalam bahasa Inggeris dari Malaysiakini; the money had gone to “Raja Nong Chik’s (Zainal Abidin) programme”.

Dan lagi Nurul menuduh kononnya program dianjurkan oleh cawangan UMNO tempatan.

Siasatan Berita Lembah Pantai #2:
Wartawan kami mendapati ini juga fitnah. Pertama sekali, kenapa Nurul Izzah tak namakan program apa yang dianjurkan? Ini tak lain kes sengaja nak burukkan orang, tapi tak mahu orang siasat cerita sebenar.

Siasatan Berita Lembah Pantai mendapati Program yang dimaksudkan ialah Merasmikan Pelancaran Kerja-Kerja Mengecat Apartmen Putra Ria dan Penurapan Jalan (tar). Penganjur Program pula ialah NGO Badan Kebajikan Penduduk Putra Ria bersama Surau At-Tarbiah Putra Ria. Raja Nong Chik hanya dijemput merasmikan.

Jadi di mana pulak yang Nurul Izzah dan Malaysiakini boleh kata ini Program Raja Nong Chik? Ini program 2 NGO dari Apartmen Putra Ria, dan terpulang pada mereka lah nak jemput siapa!

Dan memang paling sesuai lah mereka menjemput Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai ini, sebab ini projek Kerajaan yang memang pun diperjuangkan oleh Raja Nong Chik dan UMNO Lembah Pantai semasa Nurul Izzah sibuk memburukkan nama negara dan bangsa di negara luar.

Dan dari fakta dari wartawan kami di atas, memang penganjurnya bukan UMNO. Jadi macam mana pula Nurul Izzah dan Malaysiakini boleh kata penganjur nya UMNO?

Ini kah taraf carian fakta seorang Naib Presiden PKR dan Malaysiakini? Tak malu kah? Atau sengaja memfitnah ke wahai Puteri Spin? Semua kau nak spin?

Siasatan Berita Lembah Pantai #3:
Jika dibaca artikel Malaysiakini ni,sumber nya ialah Abdul Rahim Mohd Noor.

Wartawan Berita Lembah Pantai mendapati Si Abdul Rahim ni ialah orang PKR. Sudah tentu lah habis diputar alam nya segala cerita. Kenyataan dibuat oleh Ahli Parlimen PKR. Sumber penduduk nya orang PKR. Disiarkan pula oleh Portal Berita Pembangkang. Dari tak ada cerita tiba-tiba wujud cerita. Hebat pembangkang.

Siasatan Berita Lembah Pantai #4:
Jika dilihat berita asal di atas, Program yang kononnya tak dapat buat, iaitu Program drill kebakaran yang dirancang ialah Program bulan April 2011
manakala cerita ini diterbitkan oleh Malaysiakini pula pada 17 Februari 2012 baru-baru ini.Makna nya cerita ini ialah cerita 10 bulan lepas!

Kalau benar ini satu isu, mengapa selepas 10 bulan baru Nurul Izzah tiba-tiba concerned, tiba-tiba nak ambik tahu? What does it say about the Wakil Rakyat when she only realizes the existence of a certain issue in her constituency only AFTER 10 months? Ini wakil rakyat apa macam ini, confirm tido ni.

Apatah lagi spy-spy nya di bawah naungannya, confirm tido dan tak buat kerja. Dan ini menjelaskan kedudukannya yang tak buat kerja dan mengesahkan bahawa Nurul Izzah ini tiada modal untuk kebaikan rakyat tapi cuba cari modal melagakan orang sahaja.

Siasatan Berita Lembah Pantai #5: 
Dalam siasatan kami, kami diberitahu bahawa satu lagi tujuan artikel ini diterbitkan ialah untuk menunjukkan bahawa UMNO Lembah Pantai buat program guna duit Kerajaan. Seperti dinyatakan di atas, UMNO tidak terlibat.

Dan siasatan kami menunjukkan bahawa untuk peruntukan Sumbangan pada NGO yang sudah diserahkan, 3 kawasan yang telah disalurkan bajet paling banyak ialah NGO-NGO dari Bandar Tun Razak, Batu dan Cheras. Lembah Pantai tidak ada pun dalam Top 3!

Rumusan Siasatan Berita Lembah Pantai:
Rumusan kami di Berita Lembah Pantai ialah isu ini satu fitnah yang nyata ATAU si Ahli Parlimen Nurul Izzah tidak tahu apa-apa dan hanya mahu memburukkan orang.

Raja Nong Chik tak ada sangkut-paut, UMNO Cawangan tak ada sangkut-paut, tapi tiba-tiba semuanya diburukkan dan disalahkan. Disambut pula dalam ruangan komen Malaysiakini oleh para pembaca yang terlalu percaya dengan laporan Malaysiakini. Masing-masing hanya menyambung fitnah.

Post a Comment

1 Comments

  1. tak habis meroyan nurul izzah nih!! asyik nak pekena org tua saja..bapak ngn anak sama saja!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..