Tahniah diucapkan di atas tindakan pantas Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Dato Hj Ibrahim Abd Rahman yang peka dan ambil tahu berkenaan isu laman web E Penerangan yang telah digodam dan disedari oleh Unit Media Baru Wilayah Persekutuan (UMBWP).
Respon pantas yang ditunjukkan oleh Ybhg Dato amatlah dihargai kerana menganggap laporan dari laman-laman sosial hari ini sebagai perkara yang perlu dititikberatkan. Ini contoh yang terbaik di mana Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak tekankan sebelum ini.
Bagi pihak UMBWP, kami berharap agar Jabatan-Jabatan Kerajaan hari ini lebih berwaspada dengan tahap keselamatan laman web masing-masing agar perkara sebegini tidak akan berulang kembali.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..