Full Width CSS

Takda Keperluan Berdebat Dengan Si @n_izzah Ahli Parlimen @LembahPantai13 @RajaNongChik #1Malaysia #puittt



Ketua Umno bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menolak cabaran untuk berdebat dengan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar kerana katanya, tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Selain itu, katanya, seorang ahli kabinet juga tidak digalakkan untuk berdebat.

"Kita ahli kabinet tak digalakkan untuk berdebat. Kalau dia kata dia buat kerja, cakaplah apa kerja dia. Senaraikan. Tak payah nak debat. Lepas tu biarkan pengundi yang putuskan. Apa nak debat lagi.

"Cakap apa kerja yang dia buat. Asyik nak tumpang selepas apa yang saya buat.

"Saya rasa tak perlu debat. Pilihan raya nak dekat dah. Kita putuskan masa pilihan raya sahajalah. Apa nak debat-debat lagi. Rakyat akan menilailah apa yang dia dah buat," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan surat kelulusan pemberimilikan tempoh pajakan tanah kepada penduduk Kampung Pasir, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR mencabar menteri wilayah dan kesejahteraan bandar itu untuk berdebat pada 24 Februari ini berhubung dakwaan Raja Nong Chik sebelum ini yang mengatakan beliau lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.

Raja Nong Chik berkata demikian Khamis lalu sebagai mengulas mengenai pretasi yang ditunjukkan Nurul Izzah di kawasan Lembah Pantai.

Post a Comment

0 Comments