Pagi-pagi ini semasa troopers Unit Media Baru Wilayah Persekutuan (UMBWP) merayau-rayau dalam laman web dan blog, ternampaklah satu laman web Penerangan dipercayai telah digodam.
Dalam laman tersebut tercatat kononnya Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kesilapan yang dilakukan semasa menjawat jawatan selaku ketua negara.
Satu lagi bentuk fitnah yang ditaja oleh PR melalui Cybertroopers yang diupah pihak berkepentingan dan berniat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dulu Rafizi Ramli pernah ajukan account Facebook miliknya telah dihack oleh Troopers BN tapi pada hakikat sebenarnya memang Troopers PR kaki hack. Mungkin perbuatan hack FB Rafizi merupakana salah satu 'black ops' Pembangkang dalam menuduh keburukan terhadap kerajaan.
Keji sungguh permainan politik Pembangkang hari ini dalam memenangi PRU 13 akan datang.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..