Friday, March 1, 2013

Blogger Prihatin : Selepas Kehilangan Anak Kerana Kanser, Keluarga Ditimpa Kemalangan Cedera Parah #1Malaysia


"Assalammualaikum semua.. Saya Ustaz Azmi Bin Nordin dari Taman Tenaga Cheras,Kuala Lumpur mohon jasa baik dari semua untuk memberi sedikit sumbangan yang termampu untuk abang kandung saya Mohd Norizan bin Nordin yang baru sahaja mengalami kemalangan & nahas jalan raya.

Abang saya cedera parah di tempurung lutut. Isterinya pun cedera di tempurung lutut juga 2 orang anak yang masih kecil cedera parah di kepala. Anaknya yg sulung yang berusia 10 tahun terkoyak isi di dahi (parah) manakala anaknya yang bongsu berumur 5 bulan 10 hari juga terkoyak isi pada bahagian belakang kepala sehingga menampakkan tengkorak kepala.(Sangat menyedihkan)..

Kedua-dua orang anaknya akan menjalani pembedahan plastik esok untuk menampalkan isi paha mereka pada bahagian yang telah terkoyak. Semestinya kos perubatan yang akan di tanggung untuk pembiayaan hospital terlalu tinggi untuk rawatan ini.

Sekarang mereka semua berada di Unit Kaji Saraf Hospital Kuala Lumpur Wad 5A. Baru2 ni jugak, abang kandung saya ni telah kehilangan anak perempuannya yang berusia 2 tahun 9 bulan yang telah kembali ke rahmatullah akibat kanser mata dan kanser otak.

Saya mohon bantuan sesiapa yang sudi meringkan beban agar dapat membantu semampu yang mungkin untuk meringankan beban abang kandung saya yang hanya bekerja di Marry Brown.

Kepada yang sudi membantu, diucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Jika yang ada kelapangan bolehlah melawat mereka di Hospital .

Hubungi saya di talian untuk sebarang persoalan atau kesahihan:

0136133696 Ustaz Azmi Bin Nordin

Jika ingin membantu meringankan beban boleh bankingkan ke :
No Akauan Maybank
Mohd Norizan bin Nordin:
152152014007

1 comment:

  1. Saya cuba buat transfer. Maybank2u dan diberi status :Account not authorised.
    Call no Ustaz Azmi,tu tak berjawab pula.


    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...