Monday, March 25, 2013

Lagi Hadiah Janji Ditepati Oleh PM @NajibRazak - Pemberian Lesen Teksi Individu #1Malaysia #BNBagus



Hari ini DS Najib Tun Razak sekali lagi melakarkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan memberikan lesen teksi individu kepada 1,000 orang pemandu teksi, buat permulaan. DS Najib juga telah mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB akan memberikan geran RM5,000 kepada setiap penerima lesen individu.



Ini bermakna teksi baru pemilik lesen individu berjenama Exora yang berharga RM64,000, pemandu-pemandu teksi hanya perlu membayar RM59,000. Pinjaman boleh diperolehi dari BSN dan bayar an balik dalam masa 7 tahun. Teksi-teksi Exora baru yang dimiliki oleh pemilik individu ini juga dibenarkan untuk masuk ke lapangan terbang KLIA 1 dan II.

Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Abdul Hamid Albar, pemberian 1,000 lesen ini bukan bermakna SPAD ada mengeluarkan lesen baharu. Ia sebenarnya lesen daripada syarikat-syarikat yang sedia asa. Sebagai langkah "Corporate Social Responsibility (CSR)", mereka pulangkan balik lesen ini kepada SPAD. Lesen itulah yang diberi balik kepada 1,000 individu ini.



Ini penting memandangkan SPAD mengeluarkan lesen berdasarkan permintaan dan bukannya bekalan. Kalau bekalan terlalu banyak, maka agak sukar untuk pemandu teksi mencari makan.

Pakatan Haram di dalam Manifesto Bukan Janji telah berikrar untuk merampas semua lesen daripada syarikat-syarikat yang sedia ada dan memberikan kepada individu. Sedangkan Kerjaan Barisan Nasional sentiasa mempertingkatkan sistem yang sedia ada agar industri teksi tidak akan terlungkup dan pendapatan pemandu teksi dapat dipertingkatkan.

Sebelum ini Kerajaan sudah bagi RM3,000 sebagai rebat bagi tuan punya teksi lama yang hendak menukar kereta baharu. Ini belum termasuk dengan insentif TR1M. Sekarang Kerajaan prihatin dengan memberikan geran RM5,000. Harga Exora RM64,000 dan pemandu teksi cuma membeli dengan harga RM59,000, pembiayaan selama tujuh tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 2 peratus.





\

Sumber : CTS

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...