Full Width CSS

#LahadDatu : Azzimudie Kiram Rayu Belas Ehsan #1Malaysia #puiii



Kemasukan penceroboh bersenjata telah melewati beberapa minggu. Pintu perbincangan dicemari dengan serangan hendap yang membunuh lapan anggota keselamatan terutamanya polis dan PGA.

Penceroboh enggan keluar dari kawasan yang dimasukinya.

Perutusan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas membayangkan kekesalan beliau bilamana pertumpahan darah berlaku sedangkan rakan beliau, presiden Filipina turut menyeru agar Azzimudie Kiram serta pengikutnya keluar dari tanah Lahad Datu tanpa syarat.
Pada jam 0945 waktu tempatan, dalam satu temuramah terhadap jurucakap Azzimudie, Abraham Idjarani berkata bahawa Azzimudie menzahirkan kekesalan beliau terhadap kedua-dua kerajaan Filipina mahu pun Malaysia yang tidak mahu membantu mereka mahu pun mendengar permohonan mereka.

Abraham seterusnya merayu bagi pihak Azzamudie agar dibantu oleh kerajaan Filipina atau mereka sendiri beranggapan mereka bukan lagi dianggap sebagai rakyat Filipina.

Usaha ini dilihat sebagai usaha terdesak berbentuk ugutan oleh Azzimudie dan pengikut bersenjatanya yang mula digempur oleh tentera Malaysia.

Azzimudie mengesahkan sekurang-kurangnya 2 pesawat tentera Malaysia menggugurkan bom namun beliau berkata bom tersebut tidak mengenai kedudukan mereka sebaliknya tersasar kepada penduduk tempatan.



Namun, sumber tentera memaklumkan bahawa tiada penduduk tempatan yang cedera mahu pun terkorban kerana proses pemindahan sudah dilakukan lebih awal.

Dipercayai tentera Malaysia telah menggunakan sekurang-kurangnya dua jet pejuang F18 Hornet dan empat pesawat tempur ringan Hawk.

Manakala di darat, garisan tempur telah dirapatkan sebaik melepaskan mortar 81mm tidak kurang dari 500 bedilan. Beberapa kereta perisai turut digerakkan dan dipercayai membawa skuad komando VAT69 dan GGK.

Dengan perutusan rasmi yang dikeluarkan oleh perdana menteri, tiada permohonan mahu pun perbincangan oleh penceroboh akan didengar melainkan keluar tanpa syarat dari sempadan Malaysia atau bakal terkorban.

Kepada Allah swt rakyat Malaysia berserah dan seluruh rakyat Malaysia kini bersatu hati mendoakan perajurit kita beroleh kejayaan

Sumber : Team Media Selangor

Post a Comment

3 Comments

  1. langkah jgn di hentikan teruskan sehingga titian darah terakhir...

    ReplyDelete
  2. Err nape letak mig29 tu? Hornet yg serang kan? By the way, mampus la pakatan rosak!

    ReplyDelete
  3. Hebat tentera Msia ruang angkasa
    teruskan perjuangan....Allahuakbar

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..