Full Width CSS

Bandi Amuk Ingin Balas Jasa @barisanasional #1Malaysia #TolakPR #PRU13 #BetterNation


"Saya mempunyai keluarga dan anak-anak saya telah mendapat segala bantuan dan pertolongan daripada BN. Ini adalah masa untuk saya membalas segala jasa kerajaan BN. Janganlah kita menggadaikan masa depan kita".

Bandi Amuk dan Ayai Ilusi, menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi duta kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) Barisan Nasional (BN) Parlimen Johor Baharu.

Bandi Amuk atau nama sebenarnya, Nasabandi Jumaat dan Ayai Ilusi atau nama sebenarnya, Zaharuddin Kamaruddin, akan terlibat dalam aktiviti penerangan khususnya terhadap golongan muda di Parlimen Johor Baharu."Penyertaan Bandi Amuk dan Ayai Ilusi merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk mendekati anak muda dan menarik sokongan mereka pada pilihan raya umum kali ini," kata penyandang kerusi Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada sidang media di pejabat Umno Bahagian Johor Baharu hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Johor Baharu berkata, pendekatan BN menggunakan selebriti dalam kempen adalah berlainan dengan pembangkang yang mengetengahkan artis sebagai calon parti mereka.

Sementara itu, Bandi Amuk berkata keputusan untuk menawarkan khidmatnya adalah disebabkan kesedaran untuk membalas segala jasa BN dengan memastikan parti pemerintah itu menang besar pada PRU 13.

Penyanyi Ayai Ilusi pula berkata, tindakannya untuk terlibat dalam kempen pilihan raya BN itu merupakan reaksi semula jadi memandangkan beliau merupakan penyokong kuat parti itu sejak dahulu lagi.

"Saya telah terlibat dengan kempen BN 'sejak azali' lagi, daripada bekerja memasang poster-poster BN kepada menyertai kempen- kempen bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor," katanya.

Pegawai Pilihan Raya BN Parlimen Johor Baharu Abu Talib Alias pula berkata, Bandi dan Ayai akan terlibat dalam lapan program penerangan di seluruh kawasan Parlimen Johor Baharu sepanjang kempen PRU 13 ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. terbaekkk... jangan jadi mcm sesetengah artis tu, kononnya berubah terus masuk parti politik lepas tu perasan jadi ularmak/ustuzud pasang siap... ilmu tak ada sbb tu cakap mcm org mabuk todi..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..