Full Width CSS

Hantu PAS Dalam BESRAYA Cabut Bendera @Barisanasional #1Malaysia #TolakPR #PRU13


Ada saja yang tidak kena dirasakan apabila banyak bendera-bendera Barisan Nasional (BN) diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Minggu lepas, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan kuatkuasaan larangan memaku kayu-kayu bendera yang digantung pada batang pokok di sekitar Kuala Lumpur.

Namun pihak DBKL masih lagi mempunyai budi bicara yang terbaik iaitu masih membenarkan pokok-pokok mereka digunakan untuk tujuan kempen tetapi batang bendera tersebut hendaklah diikat menggunakan tali, dawai dan sebagainya.

Semalam pula, pihak pengurusan BESRAYA mengeluarkan kuatkuasaan mereka terhadap larangan memasang dan meletakkan sebarang bendera-bendera parti politik di tiang lampu dan apa-apa saja barangan di dalam kawasan yang termaktub dalam pengurusan mereka.

Banyak juga lah bendera-bendera BN yang diturunkan atas sebab penguatkuasaan.

Saya ingin bertanya kepada BESRAYA, mengapa baru kuatkuasakan undang-undang setelah hal tersebut berlaku. Ini bukan kali pertama Pilihanraya Umum dianjurkan dan ini bukan kali pertama bendera-bendera parti politik hendak dipasang.

Untuk info laluan lebuhraya BESRAYA merupakan laluan penting kepada sebilangan pengguna jalan raya untuk keluar masuk ke kota Kuala Lumpur. Kira-kira hampir 1 juta pengguna menggunakan laluan tersebut daripada Seri Kembangan dan Jalan Kuchai Lama.

Undang-undang penguatkuasaan perlulah dibuat sebelum pembubaran Parlimen dilakukan supaya tidak ada salah paham mengenai hal sebegini terjadi.


Atau sebenarnya undang-undang tersebut masih belum diwujudkan dan pegawai yang in charge di sana mempunyai perasaan iri hati dengan 'pembiakan' bendera biru BN di seluruh negara sehingga menyebabkan mata pegawai tersebut bertukar dari warna hijau kepada warna biru?

Saya cadangkan agar semua pihak berkuasa di seluruh Malaysia amnya, membenarkan pemasangan bendera parti politik kerana ianya berlaku hanya 4 - 5 tahun sekali sahaja. Dan pihak parti politik perlu bertanggungjawab dengan bendera mereka.

Cadangan mendenda parti politik yang terlibat jika tidak menurunkan bendera pada sekian-sekian waktu selepas PRU amatlah dirasakan boleh dan tidak menjadi masalah kepada BN untuk mematuhinya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Betul...Betul...Betul...
    Hr tu nampak kat P9 selamber je PJH punya penguatkuasa cabut bendera kaler biru. Dengki ke apa? 5 thn sekali je fenomena ni terjadi...lps seminggu keputusan PRU13,klu tak cabut balik...denda la parti mana yg lmbt cabut bendera mereka.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..