Full Width CSS

#IniSemuaPoyo : Orang Kuat @n_izzah Kecewa & Tinggalkan PKR #1Malaysia #TolakPR #PRU13

Nurul Izzah Anwar mendapat tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila seramai 210 ahli PKR Lembah Pantai mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Lebih pedih, tindakan itu diketuai oleh pencadang Nurul Izzah semasa penamaan calon pilihan raya umum 2008 Norleha Ghani dan Ketua Wanita PKR Cawangan Taman Bukit Angkasa, Rossimah Abu Bakar. Norleha yang mendakwa berjuang bersama PKR sezaman dengan bekas pengasas parti itu Ng Lum Yong berkata, keputusan meninggalkan parti tersebut dibuat kerana sudah tidak yakin dengan perjuangan parti itu dan kecewa dengan sikap anak Ketua Pembangkang itu.

"Beliau (Nurul Izzah) tidak tahu bagaimana kami meninggalkan suami dan anak-anak di rumah semata-mata untuk membantunya semasa berkempen (2008).

Kami bekerja kuat, malah menganggapnya seperti anak kami sendiri. "Kami bukannya menagih jawatan, tetapi kesal kerana selepas beliau menang, kami dilupakan.

Janji-janji yang dibuat kepada pengundi-pengundi tidak ditunaikan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengisytiharkan keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini.

Dalam pada itu, Norleha dengan nada sebak memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai Firaun.

"Saya sebenarnya terikut-ikut dengan ahli-ahli PKR lain selepas kami ditiupkan api kebencian terhadap Dr. Mahathir yang memenjarakan Anwar pada 1999," ujarnya. Beliau berkata, penyokong-penyokong pakatan pembangkang khususnya PKR perlu mengambil langkah sama untuk keluar parti dan mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

"Hanya BN yang boleh membela nasib rakyat. Kita harus memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara," katanya.

Sebelum ini Nurul Izzah diumum akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13. Untuk rekod, pada pilihan raya lalu Nurul Izzah menewaskan calon BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan calon Bebas,

Post a Comment

1 Comments

  1. tanda kejatuhan PKR lembah pantai- jangan hilang deposit dah ler..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..