Thursday, April 25, 2013

#IniSemuaPoyo : PAS & PKR Wilayah Persekutuan Bergolak Dek Kerusi #Setiawangsa & #Labuan #1Malaysia #TolakPR #PRU13 #BetterNation


Pilihanraya Umum 13 (PRU13) semakin hampir dan tarikh pembuangan undi bukan lagi rahsia buat seluruh rakyat Malaysia. Namun masih ada 'sesuatu' perkara yang masih belum dapat diselesaikan antara PAS dan PKR Wilayah Persekutuan.

Beberapa hari sebelum pembubaran Parlimen, Anwar Ibrahim telah mengumumkan calon PKR bagi kerusi Parlimen Setiawangsa ialah Ibrahim Yaacob. PAS Wilayah Persekutuan sebelum ini berang dengan tindakan kepimpinan mereka apabila bersetuju meletakkan calon yang telah kalah pada PRU yang lepas untuk bertanding semula di Parlimen ini. Seolah² menggambarkan Pakatan tidak mempunyai calon yang lebih baik dan berwibawa daripada sebelumnya.
Namun desakan penyokong di peringkat bawahan tidak diendahkan oleh kepimpinan parti.

Tindakan PKR hari ini seakan² menidakkan suara PAS Wilayah Persekutuan dan seperti menganggap mereka tidak membantu pada PRU 12 yang lepas. Sedangkan sebelum ini, PAS kerap bertanding di Parlimen Setiawangsa. Namun tahun 2004, merupakan tahun terakhir PAS berada di sini dan sedikit sebanyak sebenarnya PAS terasa hati apabila calon² PAS di Wilayah Persekutuan semakin berkurangan menjadi seramai 3 orang saja.

Begitu juga hal yang terjadi di Parlimen 166, Labuan apabila PAS meletakkan calon mereka Hadnan Mohamad untuk bertanding di kerusi yang disandang Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Namun sesuatu yang mengejutkan apabila PKR juga turut meletakkan calon mereka di sini bagi merebut kerusi yang tidak pernah gagal dimenangi BN.

Perkara yang berlaku hari ini jelas membuktikan bahawa walaupun mereka menggelarkan gabungan parti antara PAS, PKR dan DAP sebagai PAKATAN tetapi tiada langsung tanda² kesepakatan yang dapat dilihat dari awal penggabungan mereka sekaligus memperlihatkan belang parti masing² yang tamak serta mengerjakan pangkat dan jawatan.

Ada lagi yang bakal diceritakan lagi termasuk dengan cerita di Parlimen Titiwangsa hihi.

2 comments:

  1. pas wilayah hilang maruah serah putrajaya kat husam..xder calon berkaliber ker atau memang semua x boleh pakai?

    ReplyDelete
  2. Pati diatas ni tak kira supporter ape pon minta diberi sokongan spt Plural, LGayBT, Liberal, Syiah, Sonsang & Pengkhianat jadi org yg menyokongnya kita boleh ibarat semestinya ada kena mengena dgn spt yg disebutkan diatas. Kebanyakkan penyokong mereka tidak dapat menerima kebaikan kerana semua kebaikan oleh pihak lawan akan dianggap kejahatan. Ore spt mereka ni meme xbleh dibuat kawan penaksiran mereka tidak menggunakan hati ttp lebih kepada akal tapi tidak bererti mereka bijak kebanyakkan mereka bodoh & sonsang walaupun berlajar di U. Kesian Malang sungguh dapat anak penghianat kpd Agama, Bangsa & Negara yg parahnya mereka cukup bangsa dgn pendapat sonsang dari Idol mereka. Ha.. Bodohla korang ni.. Padan muka hang. Ini semua salah UMNO.. Ha..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...